Wednesday, July 30, 2008

Mari kecek kelate!

Proud 2 B Kelantanese!!! (Maghi blaja kecek Klate)
Message: Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor = spesis mengkarung
Ike Kkhonge = ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, gedik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang
nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab
"tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
samah = 50 sen
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry,
be
happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to
start
with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing =
skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (result),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan
menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat
kelantan
yang unik..
Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih
kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau
"yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau
"isn't it?"
LAMO KE = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam
penggunaan biasa loghat
Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang
lain, atau
sekurang-kurangnya tak manis didengar
pengertiannya di dalam loghat
tempat lain...Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya
untuk
cecair, mencedok
air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa
maksud "basuh b***k"
(istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'.
Mencarut
bagi mereka...
JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular
sebenarnya, tapi org
tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap
dengar, lain
maksudnya.
NYOR KOTE : kita maksudkan "kelapa tua yang
kering
tak berair"
(ingat slogan CAWAT KOTE) di kebanyakan
tempat,
ianya mencarut
juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut
BETINA, ramai yang
marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat
berbuka!!! Bagi orang
luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan
TODI &
ARAK...)Yang fresh
& manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan
antarakawan...cuba direct
translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena
mengena", bagi org KL,
ia bermaksud "kaum kerabat" contradict
betul!!!sprt gak perkataan
bujang(buje)membawa erti janda kalu di kelantan.
SIA = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir
dengan`an','am','ang' diganti dengan
`e'. cth :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER
apply this
formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat
Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar
contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana
MAKAN
KANTIN, sepatutnya
disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing)
dengan TOK PPAKA
(useless).Atau keliru diantara KECEK('ngenen')
dengan KKECEK
(bercakap) dan juga banyak di ringkaskan
pecakapan
sprt :make kkeda
(makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di
masjid)...
I’m proud to be kelantanese!!

No comments:

Followers

My Blog List