Friday, August 22, 2008

‘Ini berita baik buat pengguna’

Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata langkah kerajaan menurunkan harga minyak diesel dan petrol antara lapan sen dan 22 sen seliter dapat melegakan hati rakyat.

“Ini berita baik buat pengguna... bagaimanapun, pasaran minyak dunia masih tidak stabil sama ada naik atau turun. Justeru, pengguna perlu mengambil langkah berjimat-cermat walaupun kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak.

“Kita juga menjangkakan Indeks Harga Pengguna (CPI) juga akan turun,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

--Harian Metro

Thursday, August 21, 2008

Lebih 3,900 kemalangan maut di Kelantan tahun lepas

TANAH MERAH, 21 Ogos (Hrkh) - Sepanjang tahun lepas sebanyak 6,282 kes kemalangan berlaku di Kelantan, di mana daripada jumlah itu sebanyak 3,963 merupakan kemalangan maut.

Manakala 70 peratus kematian yang berlaku akibat kemalangan tersebut berpunca daripada kecederaan teruk di bahagian kepala.

Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan�, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sejak Januari lalu sebanyak 2,555 kes kemalangan direkod dan daripada jumlah itu 1,635 melibatkan kemalangan maut, di mana 541 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Statistik ini jelas menunjukkan kematian akibat kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun dan ia menjadi cabaran kepada kerajaan untuk menanganinya,� katanya pada program kempen keselamatan jalan raya di Felda Kemahang 1, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, pada Mei 2006 kerajaan melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 - 2010 sebagai usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.

Pelan itu mensasar untuk mengurangkan bilangan kematian pada kadar 58 peratus iaitu daripada 4.2 kematian kepada 2.0 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dipertanggungjawabkan sebagai agensi utama bagi melaksana pelan keselamatan itu melalui pelbagai program antaranya kempen keselamatan jalan raya, pameran, ceramah dan taklimat.

�Selain itu, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meliputi aspek pendidikan, penguatkuasa dan khidmat nasihat,� ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri berkata, pengabaian terhadap aspek keselamatan jalan raya masih ketara di kawasan luar bandar.

Katanya pengabaian utama yang dikesan berlaku iaitu pemakaian tali pinggang keledar oleh pemandu dan penumpang kereta serta pemakaian topi keledar di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

�Ramai yang pakai topi keledar tapi tidak memakai dengan sempurna seperti tidak mengikat talinya,� kata beliau.

Beliau juga berkata, usaha mengurangkan kadar kemalangan memerlukan penglibatan semua pihak tanpa mengira parti politik kerana kemalangan melibatkan semua orang.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan, Rosnani Mat Hussain berkata, pemakaian topi keledar dengan sempurna penting kerana ia merupakan pelindung kepada bahagian kepala jika berlaku kemalangan.

�Lebih-lebih lagi statistik kemalangan menunjukkan punca utama kematian di kalangan penuggang dan pemboceng motosikal akibat kecederaan teruk di bahagian kepala,� katanya. - mj_ Md Hakimi

--

Harakah

Sunday, August 17, 2008

balik kampung,, huhu




















duk kampung meriah jah,, macam musim pilihan raya,, bendera pas tak penh turun,, huhu

Friday, August 15, 2008

Konvoi Semarak Merdeka meriahkan Tahun Melawat Kelantan

Kedatangan Konvoi Semarak Merdeka Toyota Avanza sempena sambutan ulangtahun ke-51 kemerdekaan negara di Kota Bharu baru-baru ini diraikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham berkata, kedatangan konvoi kembara semarak merdeka ke negeri ini bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008.

"Sebanyak 51 kereta Toyota Avanza dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan sendiri menyertai konvoi tersebut bersempena dengan 51 tahun kemerdekaan negara," katanya di sini.

Ketika berada di sini mereka berhimpun di Dataran Rehal berhadapan Istana Balai Besar Kota Bharu. Peserta juga dibawa melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Muzium Negeri.

Azman berkata, konvoi tersebut juga menjelajah ke negeri-negeri lain dalam kempen mengibarkan Jalur Gemilang. - Ramli Yamat


--Harakah

Tuesday, August 5, 2008

Maghi blaja kecek Kelate

Maghi blaja kecek Klate (jom belajar cakap kelantan)..
pada edisi pertama ni,
tuan puan perlulah mengetahui suku kata bahasa kelantan terlebih dahulu..
bahasanya mudah dan ringkas je..

ini rumus tatabahasanya..
1) perkataan yang berakhir ngn ...an, ...am, ...ang akan ditukarkan kepada ...e sahaja.
contohnya:

ayam = aye
bayam = baye
sayang = saye

2) perkataan yang berakhir ngn ...a, ...e akan ditukarkan kepada ...o sahaja atau didepannya boleh ditambah huruf 'g'. adakala maksudnya akan tetap sama dan kadang2 maksudnya akan berubah.
contohnya:

mana = mano @ gano (mano - dimana, gano - bagaimana)
apa = apo @ gapo (maksud tetap sama - apa)
ke = ko

#untuk gano, lebih afdal disebut guano

Untuk melengkapkan lagi perkataan tersebut, hendaklah ditambah 'gak' pada hujungnya (ala-ala bunga bahasa laa..). Dalam kes pengunaan seperti ini, 'gak' tersebut tidak bermaksud apa-apa, hanya pelengkap perkataan. tetapi 'gak' tu sendiri ada maksudnya lainnya..

contoh: gapo gak, mano gak...

Pembelajaran Bahasa Kelantan akan bersambung lagi..jangan ketingalan..


--http://monsieursob.blogspot.com

Followers

My Blog List