Friday, August 15, 2008

Konvoi Semarak Merdeka meriahkan Tahun Melawat Kelantan

Kedatangan Konvoi Semarak Merdeka Toyota Avanza sempena sambutan ulangtahun ke-51 kemerdekaan negara di Kota Bharu baru-baru ini diraikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham berkata, kedatangan konvoi kembara semarak merdeka ke negeri ini bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008.

"Sebanyak 51 kereta Toyota Avanza dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan sendiri menyertai konvoi tersebut bersempena dengan 51 tahun kemerdekaan negara," katanya di sini.

Ketika berada di sini mereka berhimpun di Dataran Rehal berhadapan Istana Balai Besar Kota Bharu. Peserta juga dibawa melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Muzium Negeri.

Azman berkata, konvoi tersebut juga menjelajah ke negeri-negeri lain dalam kempen mengibarkan Jalur Gemilang. - Ramli Yamat


--Harakah

No comments:

Followers

My Blog List