Thursday, August 21, 2008

Lebih 3,900 kemalangan maut di Kelantan tahun lepas

TANAH MERAH, 21 Ogos (Hrkh) - Sepanjang tahun lepas sebanyak 6,282 kes kemalangan berlaku di Kelantan, di mana daripada jumlah itu sebanyak 3,963 merupakan kemalangan maut.

Manakala 70 peratus kematian yang berlaku akibat kemalangan tersebut berpunca daripada kecederaan teruk di bahagian kepala.

Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan�, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sejak Januari lalu sebanyak 2,555 kes kemalangan direkod dan daripada jumlah itu 1,635 melibatkan kemalangan maut, di mana 541 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Statistik ini jelas menunjukkan kematian akibat kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun dan ia menjadi cabaran kepada kerajaan untuk menanganinya,� katanya pada program kempen keselamatan jalan raya di Felda Kemahang 1, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, pada Mei 2006 kerajaan melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 - 2010 sebagai usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.

Pelan itu mensasar untuk mengurangkan bilangan kematian pada kadar 58 peratus iaitu daripada 4.2 kematian kepada 2.0 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dipertanggungjawabkan sebagai agensi utama bagi melaksana pelan keselamatan itu melalui pelbagai program antaranya kempen keselamatan jalan raya, pameran, ceramah dan taklimat.

�Selain itu, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meliputi aspek pendidikan, penguatkuasa dan khidmat nasihat,� ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri berkata, pengabaian terhadap aspek keselamatan jalan raya masih ketara di kawasan luar bandar.

Katanya pengabaian utama yang dikesan berlaku iaitu pemakaian tali pinggang keledar oleh pemandu dan penumpang kereta serta pemakaian topi keledar di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

�Ramai yang pakai topi keledar tapi tidak memakai dengan sempurna seperti tidak mengikat talinya,� kata beliau.

Beliau juga berkata, usaha mengurangkan kadar kemalangan memerlukan penglibatan semua pihak tanpa mengira parti politik kerana kemalangan melibatkan semua orang.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan, Rosnani Mat Hussain berkata, pemakaian topi keledar dengan sempurna penting kerana ia merupakan pelindung kepada bahagian kepala jika berlaku kemalangan.

�Lebih-lebih lagi statistik kemalangan menunjukkan punca utama kematian di kalangan penuggang dan pemboceng motosikal akibat kecederaan teruk di bahagian kepala,� katanya. - mj_ Md Hakimi

--

Harakah

1 comment:

pokcu said...

ore klatey meme bengom klu bowok keto,, kalu nampok ore luai gi klatey naik keto,, koho dio debey,, ore wie signal nok belok,, koho dio impit dop wie jaley huhu,,

Followers

My Blog List