Tuesday, August 5, 2008

Maghi blaja kecek Kelate

Maghi blaja kecek Klate (jom belajar cakap kelantan)..
pada edisi pertama ni,
tuan puan perlulah mengetahui suku kata bahasa kelantan terlebih dahulu..
bahasanya mudah dan ringkas je..

ini rumus tatabahasanya..
1) perkataan yang berakhir ngn ...an, ...am, ...ang akan ditukarkan kepada ...e sahaja.
contohnya:

ayam = aye
bayam = baye
sayang = saye

2) perkataan yang berakhir ngn ...a, ...e akan ditukarkan kepada ...o sahaja atau didepannya boleh ditambah huruf 'g'. adakala maksudnya akan tetap sama dan kadang2 maksudnya akan berubah.
contohnya:

mana = mano @ gano (mano - dimana, gano - bagaimana)
apa = apo @ gapo (maksud tetap sama - apa)
ke = ko

#untuk gano, lebih afdal disebut guano

Untuk melengkapkan lagi perkataan tersebut, hendaklah ditambah 'gak' pada hujungnya (ala-ala bunga bahasa laa..). Dalam kes pengunaan seperti ini, 'gak' tersebut tidak bermaksud apa-apa, hanya pelengkap perkataan. tetapi 'gak' tu sendiri ada maksudnya lainnya..

contoh: gapo gak, mano gak...

Pembelajaran Bahasa Kelantan akan bersambung lagi..jangan ketingalan..


--http://monsieursob.blogspot.com

2 comments:

en.mizan@Kiyoshi Yamada said...
This comment has been removed by the author.
org.sepi said...

saya juga berdarah kelate sikit2 ;)

Followers

My Blog List