Sunday, September 21, 2008

Tuesday, September 16, 2008

maaf kan saya

Ya Allah! Mulakan Permulaan Hari Ini Satu Kebaikan, Pertengahannya Merupakan
Kebahagian dan Penghujungnya Keuntungan.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong
abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada
kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu
antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang
sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari
Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan,
baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani
ibadah puasa.

Tolong maafkan saya ya?

Monday, September 15, 2008

Hantarkan ucapan "Salam Perantau" anda ke Harakahdaily

Harakahdaily kini membuka ruangan "Salam Perantau" kepada semua pembaca sama ada di dalam atau di luar negara.

Semua pembaca yang berminat untuk menghantar ucap selamat kepada yang tersayang sama ada anda berada di dalam atau luar negara,bolehlah menghantar ucapan dan gambar ke emel: salamperantau2008@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Pastikan ucapan yang dihantar adalah dalam file txt dan gambar dalam format JPEG/GIF.

Pihak administrator akan kemaskinikan ruangan 'Salam Perantau" dari semasa ke semasa.

Untuk paparan terkini,sila gerakkan kursor anda di ruangan 'Khas' dan klik 'Salam Perantau' maka akan terpapar salam dan ucapan yang telah dikemaskini

Sunday, September 14, 2008

Kerabat DiRaja Jembal jelajah cari ahli

KOTA BHARU, 14 Sept (Hrkh) - Kerabat DiRaja Jembal akan mengadakan program jelajah ke seluruh negeri bagi mencari mereka yang ada pertalian keluarga termasuk di Perak dan Kedah.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Agung Kerabat Diraja Jembal di sini baru-baru ini yang dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu ahli juga mencadangkan Pertubuhan Kerabat terbabit mewujudkan pejabat rasmi bagi memudahkan ahli datang berurusan. �

Terdapat juga cadangan perwakilan, Kerabat Diraja Jembal hendaklah memberi peluang kepada ahli-ahli muda tampil menjadi pemimpin pelapis sayap Putera dan Puteri kerabat tersebut yang diwujudkan.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, segala keturunan yang menjadi kemegahan manusia ketika di atas dunia sekarang tidak menjadi harga ketika di alam kubur.

"Ketika itu manusia tidak peduli kepada anak bini.�Ibu tidak menghiraukan anak, suami tidak menghiraukan isteri," katanya ketika merasmikan mesyuarat tersebut yang diadakan di JKR 10.

Pada majlis tersebut beliau juga mempertikaikan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya Kelantan tiada pembangunan, sedangkan program itu sedang rancak di Kelantan sekarang.

"Kita lihatlah, betulkah Kelantan tidak ada kemajuan, sedangkan aktiviti perniagaan terus meningkat maju dan pembangunan terus berjalan," katanya.

--Harakah

Wednesday, September 10, 2008

Followers

My Blog List