Sunday, September 14, 2008

Kerabat DiRaja Jembal jelajah cari ahli

KOTA BHARU, 14 Sept (Hrkh) - Kerabat DiRaja Jembal akan mengadakan program jelajah ke seluruh negeri bagi mencari mereka yang ada pertalian keluarga termasuk di Perak dan Kedah.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Agung Kerabat Diraja Jembal di sini baru-baru ini yang dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu ahli juga mencadangkan Pertubuhan Kerabat terbabit mewujudkan pejabat rasmi bagi memudahkan ahli datang berurusan. �

Terdapat juga cadangan perwakilan, Kerabat Diraja Jembal hendaklah memberi peluang kepada ahli-ahli muda tampil menjadi pemimpin pelapis sayap Putera dan Puteri kerabat tersebut yang diwujudkan.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, segala keturunan yang menjadi kemegahan manusia ketika di atas dunia sekarang tidak menjadi harga ketika di alam kubur.

"Ketika itu manusia tidak peduli kepada anak bini.�Ibu tidak menghiraukan anak, suami tidak menghiraukan isteri," katanya ketika merasmikan mesyuarat tersebut yang diadakan di JKR 10.

Pada majlis tersebut beliau juga mempertikaikan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya Kelantan tiada pembangunan, sedangkan program itu sedang rancak di Kelantan sekarang.

"Kita lihatlah, betulkah Kelantan tidak ada kemajuan, sedangkan aktiviti perniagaan terus meningkat maju dan pembangunan terus berjalan," katanya.

--Harakah

2 comments:

azlin hashim said...

hah meh dtg negeri sembilan, byk kaum kerabat kat sini.. huhu

rosmieeyna said...

hari tu saya ade pegi mesyuarat kerabat diraja buat mase kat JKR 10..mcmane utk dptkan info n ada kad ahli kerabat raja tersebut..

Followers

My Blog List