Saturday, October 25, 2008

13 Lagi Biskut Keluaran China Dan Malaysia Selamat Dimakan

Tujuh lagi jenama biskut keluaran syarikat tempatan didapati mengandungi melamin yang dibenarkan dan selamat untuk dimakan.

Biskut tersebut ialah di bawah jenama keluaran syarikat Khian Guan, Hup Seng, Ping Pong dan Ten Ten.

Biskut keluaran Hup Seng meliputi Biskut Marie, Fancy Assorted Biscuits, Biskut Sugar Crackers dan Biskut Flying Fish.

Biskut Osborne bagi keluaran Khian Guan, Biskut Teddy (Ping Pong) dan Biskut Beras (Ten Ten).

Kementerian Kesihatan turut menamakan enam lagi biskut keluaran China sebagai mematuhi tahap melamin yang dibenarkan iaitu Corn Rice Cracker Milk Powder (keluaran syarikat Ego), Corn Rice Seaweed Peanut Cracker (Ego), Peanut Sandwich Biscuit (Hapi), Soda Biscuits (C-Hong), Pizza Biscuits (Jiahui) dan Vegetable Flavour Biscuits (Golden Fuji).

Dua lagi makanan keluaran China turut didapati selamat iaitu Candiz Funny Lollipop (KISE) dan gula-gula Twisty (Kiki), menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

No comments:

Followers

My Blog List