Saturday, October 18, 2008

GEMPAR! Ayah Pin Muncul lagi di Besut

BESUT: Pemimpin ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Mohamad atau Ayah Pin, 68, yang menghilangkan diri selepas perkampungan ajaran sesatnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dekat sini, dirobohkan pada Julai 2005, dipercayai muncul beberapa kali di situ. Ini berdasarkan dakwaan penduduk berhampiran perkampungan itu yang mendakwa masih melihat Ayah Pin dan ramai pengikutnya, termasuk dari luar daerah itu memasuki kawasan perkampungan berkenaan.


Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro, walaupun tiada lagi replika yang menjadi sanjungan pengikut Ayah Pin seperti telaga zam-zam, kaabah dan bahtera Nabi Nuh serta dewan besar yang menjadi tempat ahli kumpulan berkenaan menjalankan upacara mereka, kawasan itu masih dikunjungi pengikut ajaran sesat berkenaan dari dalam atau luar negeri ini.
Menurutnya, dakwaan pemimpin kumpulan itu yang dikatakan sakit dan bersembunyi di lokasi rahsia di negara jiran dipercayai tidak benar. “Saya sendiri pernah melihat Ayah Pin ketika dia balik dan pergi dari perkampungan itu beberapa kali.


“Dia tetap balik kerana keluarganya masih tinggal di perkampungan itu, malah saya sendiri pernah bertanyakan keadaan Ayah Pin dengan anaknya selain pernah melihat sendiri ketika dia balik ke perkampungan itu,” katanya. Katanya, hanya penampilan Ayah Pin sekarang sedikit berbeza apabila dia membotakkan kepala.“ Pada Aidilfitri lalu, 200 dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat itu serta lebih 10 kereta, termasuk kenderaan mewah dilihat memasuki dan berkumpul di situ.“*****a bentuk aktiviti dilakukan dalam markas itu tidak pula diketahui selepas replika yang menjadi keagungan ahli kumpulan berkenaan serta dewan besar sudah dirobohkan pihak berkuasa.


“Dahulu, upacara seperti ratib kuat dan pemujaan terhadap Ayah Pin dalam perkampungan itu boleh didengari penduduk berhampiran tapi sekarang tidak pula diketahui,” katanya. Penduduk berkenaan berkata, sepanjang kehilangan Ayah Pin, perkampungan yang masih dipagar berduri itu tetap dikawal ketat pengikut kanannya dikenali sebagai Pok Nor dan anak sulungnya dikenali Mamat berusia 40-an.Dia berkata, ada beberapa penduduk yang memang mengenali Ayah Pin mendakwa melihat pemimpin ajaran sesat itu membotakkan kepala dan melarikan diri jika terserempak dengan penduduk kampung.


Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke perkampungan itu semalam, mendapati kira-kira 10 rumah papan dan separuh batu yang sebelum ini dijadikan tempat tinggal ahli kumpulan itu masih digunakan, malah beberapa kenderaan dilihat selain kelibat kanak-kanak sedang bermain.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kemunculan Ayah Pin seperti didakwa penduduk setempat.

Katanya, usaha pihak berkuasa agama bagi membantu memulihkan semula akidah dan memberikan pendidikan agama kepada penghuni perkampungan itu tidak mendapat kerjasama menyebabkan tindakan pemulihan sukar dilakukan. Mengenai menempatkan tenaga pengajar di kalangan ulama di kawasan berkenaan bagi memulihkan bekas pengikut ajaran sesat itu, katanya, tindakan terbabit tidak perlu.


“Kami sudah melakukan usaha (memulihkan akidah) penghuni perkampungan itu tetapi mereka tidak memberikan kerjasama,” katanya.Ajaran Ayah Pin itu difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.

No comments:

Followers

My Blog List