Wednesday, October 15, 2008

Google tawar hadiah RM34j

MASIH sempat untuk pengguna berpeluang menjadi jutawan memandangkan dalam tempoh lima hari ini adalah masa sesuai memikirkan idea yang bakal bernilai RM34 juta.

Sempena ulang tahun enjin carian terkemuka, Google akan menaja AS$10 juta untuk lima idea terbaik bagi Projek 10 ke 100 (10^100) sempena meraikan umur ke-10 syarikat itu.

Peluang terbabit dibuka kepada seluruh penduduk dunia bagi mencetuskan mencetuskan idea untuk mengubah planet ini sekali gus membantu orang ramai menikmati kehidupan di atasnya.

Google akan mengenal pasti 100 idea terbaik yang kemudiannya akan disenarai pendek ke 20 peserta terakhir menerusi undian pengguna sebelum panel hakim memilih lima idea terbaik untuk menerima tajaan itu.

Idea yang diketengahkan tidak semestinya memerlukan teknologi tinggi asalkan ia mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan manusia.

Pertandingan ini dibuka sehingga 20 Oktober dengan pengguna boleh melayari laman web www.project10tothe100.com untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

No comments:

Followers

My Blog List