Saturday, October 25, 2008

Ini Era Kebangkitan Islam

Ini adalah zaman kebangkitan Islam kali kedua. Kebangkitan kedua ini adalah besar dan menuju empayar. Ciri2 dan wataknya sama seperti kebangkitan pertama dahulu. Ibarat anak pokok, ia mestilah sama sifatnya dengan pokok asal atau pokok induknya. Di sini dinyatakan salah satu dari banyak ciri dan ini adalah di antara ciri utama dan terpenting. Apakah kita turut sama dalam kebangkitan ini? Mari kita lihat ciri pertama ini sebelum kita lanjutkan dengan ciri-ciri lain.

Rasulullah SAW dan para Sahabat sangat memperjuangkan Tuhan. Malah Tuhanlah yang pertama dan paling utama diperjuangkan.Kemudian barulah syariat Tuhan. Bukti jelas diperlihatkan melalui sejarah Rasulullah SAW yang mengambil masa 13 tahun untuk memperjuangkan Tuhan yang satu, berbanding dengan hanya 10 tahun memperjuangkan syariat yang beribu-ribu. Dalam tempoh 10 tahun memperjuangkan syariat, memperjuangkan Tuhan tetap diteruskan, tidak pula ditinggalkan atau tidak dipisahkan, cuma perbandingannya dalam tempoh 13 tahun memperjuangkan Tuhan, wahyu tentang perintah bersyariat belum Tuhan turunkan.

Ini memahamkan kita bahawa syariat itu amat mudah diamalkan apabila manusia mengenal Tuhan. Sebaliknya kalau Tuhan tidak dikenali, Tuhan tidak dibesarkan, Tuhan tidak ditakuti dan tidak dicintai maka syariat Tuhan amat payah hendak diamalkan. Kalau diamalkan syariat sekalipun, ia bukan dengan kerelaan hati, sebaliknya sebagai adat kebiasaan atau dengan rasa terpaksa. Dan itu pun kalau tiada risiko. Kalau dalam mengamalkan syariat Tuhan itu ada risiko, ia amat mudah terbarai. Sedangkan kalau atas nama Tuhan, andainya terpaksa mati sekalipun, syariat Tuhan tetap dipertahankan.

Amat perlu difahami bahawa bukanlah kebangkitan Islam itu hanya riuh-rendah memperkatakan Islam di mana-mana, terutamanya memperkatakan politik Islam. Hari ini memang terdapat ramai orang atau banyak pihak ghairah memperkatakan tentang Islam sama ada dalam aspek ibadah mahupun dalam aspek tamadun termasuk apa yang didakwa sebagai sains Islam. Sedangkan tamadun material atau sains itu sendiri tidak ada Islam atau kafir. Hanya ada perbezaan pada siapa yang menemuinya atau menghasilkan penyelidikan atau yang menciptakannya. Contohnya lampu disebut dalam Al Quran sebagai api dalam kaca. Penciptaan lampu itu ditemui oleh Thomas Elba Edison.

Dalam aspek ibadah pula bukan tidak ada perubahan kepada masyarakat Islam. Tetapi ibadah itu tidak sampai subur rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Lantaran ianya tidak berasaskan kepada benar-benar mengenalkan Tuhan. Kebanyakannya lebih mengutamakan hukum-hakam dan fadhilat ibadah tersebut. Ekonomi Islam pula kadang-kadang pada nama sahaja, sistemnya tetap tidak Islamik. Atau sistemnya Islamik, pelaksanaan atau petugasnya pula yang tidak Islamik, sangat mengabaikan Tuhan. Kalau mendapat untung, tidak bersyukur kepada Tuhan dan kalau rugi pun tetap derhaka kepada Tuhan. Terjadi juga sekiranya untung, mendakwa sebagai kepandaian, keupayaan dan kegigihan sendiri, tidak bersandarkan kepada anugerah Tuhan. Kalau gagal pula barulah menyebut sebagai takdir Tuhan. Bolehlah dinilai dalam aspek-aspek lain termasuk pendidikan yang mana Tuhan tidak diutamakan. Hasilnya gejala sosial berkembang dengan cepat. Dalam menanganinya juga tidak Islamik. Orang yang bertugas hendak membaikkan orang jahat, dibuat oleh orang jahat juga. Cuma kejahatan petugas itu di sudut yang lain.

sila klik
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=isteriku

No comments:

Followers

My Blog List