Tuesday, October 28, 2008

Minyak tak turun pada harga RM1.60 seliter

Kerajaan tidak mungkin akan menurunkan harga petrol sehingga RM1.60 seliter dalam tergesa-gesa sekiranya harga minyak mentah dunia berada pada RM210 (AS$60) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ia kerana kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan konsep pukul rata iaitu pengiraan purata harga minyak mentah dunia bagi tempoh tertentu dalam menentukan harga petrol.

Menurutnya, harga semasa minyak dunia tidak boleh dijadikan rujukan sebaliknya kerajaan perlu mengambil kira contohnya untuk tempoh selama 30 hari harga minyak mentah itu.

"Jika kita terus gunakan RM210 (AS$60) sebagai tanda aras akan berlaku jurang besar (gap), bagaimana pula apabila harga pada RM217 (AS$62), RM224 (AS$64), RM238 (AS$68), RM245 (AS$70) dan sebagainya?

"Oleh itu kerana apabila berlaku penurunan yang besar, kerajaan sedia mengumumkan harga dalam masa singkat iaitu 14 hari walaupun ditetapkan sebulan sekali," katanya kepada pemberita di pasar raya besar Giant, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan, Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor yang berpendapat harga petrol wajar diturunkan kepada RM1.60 seliter jika harga pasaran minyak mentah dunia merudum sehingga ke paras RM210 (AS$60) setong.

-- kosmo

No comments:

Followers

My Blog List