Saturday, November 29, 2008

Rezeki musim tengkujuh


BACHOK: Setiap kali musim tengkujuh, petani dan suri rumah dianggap paling bertuah apabila mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga kira-kira RM3,000 sebulan selepas pelbagai ubi dijual mendapat sambutan ramai.

Walaupun terpaksa menunggu 10 bulan bagi membolehkan ubi ditanam membesar, namun penantian itu berbaloi apabila mampu memperoleh pendapatan lumayan ketika musim tengkujuh.

Majoriti petani di sekitar daerah itu yang sebelum ini bergantung kepada penanaman tembakau dan tembikai, menarik nafas lega apabila pelbagai ubi ditanam mereka tumbuh dan membesar tanpa sebarang serangan serangga perosak.

Antara ubi yang sentiasa menjadi pilihan ramai ketika musim hujan ialah ubi badak, ubi keling, keledek, keladi dan ubi itik yang dijual antara RM10 hingga RM20 selonggok bergantung kepada saiz dan berat.

Nik Esah Long Hassan, 48, dari Kampung Beris Kubor Besar, dekat sini, berkata musim tengkujuh dianggap rezeki baginya kerana mampu mendapat wang lebih hasil jualan ubi berkenaan.

Menurutnya, hasil jualan berkenaan membolehkan dia mampu membeli beberapa barangan keperluan lain termasuk menyediakan persiapan persekolahan empat anaknya.

“Mak cik berbangga kerana dapat membantu suami kerana sebelum ini dia asyik merungut kekurangan wang untuk membeli persiapan persekolahan anak.

“Ubi itu mulai ditanam Mac lalu di tanah seluas setengah ekar sebelum dijual, kira-kira sembilan bulan kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ismail Razak, 60, yang juga penanam tembakau, berkata memandangkan tanaman itu tidak boleh ditanam ketika musim tengkujuh, dia memilih menanam ubi.

-am@hmetro.com.my

Friday, November 28, 2008

Tebusan Singapura Dalam Serangan Di Mumbai Terbunuh

Seorang warga Singapura yang dijadikan tebusan oleh pengganas sewaktu serangan di Mumbai Rabu lepas telah terbunuh, menurut Kementerian Luar Singapura.

Kementerian itu berkata kematian wanita berbangsa Cina itu, Lo Hoei Yen, berusia 28 tahun, disahkan selepas suaminya yang pergi ke Mumbai telah mengecam mayatnya pukul 9.35 malam hari Jumaat waktu Singapura.

Kematian wanita itu merupakan satu tragesi kepada semua warga Singapura, kata kementerian itu, sambil menambah bahawa kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Para pegawai kementerian itu di Mumbai kini bersama suami dan ibu saudara mangsa.

Wanita itu berada di Hotel Trident-Oberoi apabila kumpulan pengganas yang bersenjata api melancarkan siri serangan terancang di beberapa tempat umum dan hotel di Mumbai malam Rabu lepas yang menyebabkan lebih 100 orang termasuk warga asing terbunuh.

Mangsa, seorang peguam dan berada di Mumbai kerana urusan kerja, dijumpai mati oleh pihak berkuasa India di tingkat 19 hotel itu.

Kementerian itu sedang membantu keluarga berkenaan untuk urusan membawa pulang mayat mangsa.

Ia juga berkata tiada lagi warga Singapura yang terkandas di mana-mana hotel di wilayah kewangan India itu.

-- BERNAMA

by http://jurulatih-jutawan.blogspot.com/

Thursday, November 27, 2008

mari la kita bergelak tawa n insaf

Ombak Besar Musim Tengkujuh Jadi Mimpi Ngeri

Saban tahun apabila tibanya musim tengkujuh, penduduk di tiga buah kampung di Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa di sini akan diselubungi perasaan takut dan bimbang yang amat sangat.

Apa kan tidaknya, ancaman ombak besar Laut China Selatan yang kadangkala mencecah sehingga tiga meter itu menjadi mimpi ngeri dan semakin mengancam nyawa serta harta benda penduduk di Kampung Pulau Pisang, Kampung Pulau Panjang dan Kampung Pulau Pak Amat.

Musim tengkujuh tahun lepas sahaja, tiga buah rumah penduduk yang terletak di Kampung Pulau Pak Amat yang menjadi tempat pendaratan pertama tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua, musnah dihanyutkan ke laut kerana banjir air pasang.

Sejak beberapa hari lepas, sudah ada penduduk yang mengemas barang sebagai persediaan berpindah akibat ancaman ombak besar yang membadai sehingga ke bumbung rumah, malah ada antara mereka berpindah ke rumah saudara mara di kawasan lain.

TIDAK LENA TIDUR WAKTU MALAM

Penduduk asal Kampung Pulau Pak Amat, Wiah Ab Rahman, 67, berkata, air pasang dan ombak besar yang hadir setiap kali musim tengkujuh amat merungsingkan. Ini kerana gigi pantai semakin hari semakin menghampiri rumah kayunya yang bercat kuning.

Dulu, kata Wiah yang membahasakan dirinya 'Mak Ngah', pantai masih jauh dari rumahnya dengan jarak melebihi satu kilometer namun sekarang sudah tidak sampai 100 meter.

"Malam-malam, Mak Ngah takut nak tidur di rumah. Tak boleh pejam mata. Mak Ngah pergi tidur di rumah anak, Che Natrah Mamat. Rumahnya dua tingkat, tak jauh dari rumah Mak Ngah ni. Kalau air naik, kami semua duduk di tingkat atas," katanya kepada Bernama di sini.

Wiah, yang tinggal bersendirian di rumah itu sejak kematian suaminya lapan tahun lepas berkata, beliau amat takut sekiranya rumah kayu melebihi usianya itu dihanyutkan air laut ketika dia sedang tidur.

"Bila air pasang, naik sampai ke dinding, kadang-kadang masuk ke dalam rumah. Lantai rumah Mak Ngah juga dah reput terendam dalam air masin. Berjalan pun kena hati-hati. Tunggu masa dah nak runtuh agaknya," katanya.

Menurut Wiah, penduduk kampung sudah beberapa kali menemui wakil rakyat namun sehingga kini tiada apa yang dilakukan untuk mengatasi masalah yang menghantui mereka.

Setiap kali pilihan raya juga, masing-masing berjanji untuk membantu, ada yang berjanji untuk memindahkan mereka, ada yang janji nak bina benteng, tapi selesai pilihan raya, tidak ada apa-apa yang mampu mengubah nasib penduduk, katanya lagi.

TUTUP PINTU REZEKI

Bagi seorang pengusaha calet di kawasan itu, Nik Khairuddin Nik Aziz, 33, terpaksa menghentikan seketika operasi 14 unit caletnya yang kini semakin dihampiri air laut.

Beliau berkata, operasi calet "Tiram Beach Resort" yang bermula sejak tahun 2002 itu mungkin terpaksa dihentikan buat selama-lamanya atas faktor keselamatan.

"Tak tahulah macam mana keadaannya. Dulu pantai jauh dari calet ni. Sekarang dah semakin hampir, saya tak berani nak ambil risiko keselamatan kanak-kanak kerana pagar yang membatasi kawasan calet dan pantai pun sudah tak ada, tenggelam dalam laut," katanya.

Menurut beliau, kerugian perniagaan yang dijalankan bersama bapanya, Nik Aziz Yunus, 58, dianggarkan mencecah RM300,000. Malang bagi mereka kerana tidak tahu ke mana masalah itu hendak diadukan.

Sebelum ini, penduduk telah beberapa kali membuat aduan kepada kerajaan negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri memohon benteng dibina bagi meminimumkan kesan hakisan di pantai itu.

"Tapi sampai ke hari ini tak nampak benteng atau apa yang sedang dilakukan pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini.

"Negara kita pernah bersedih kerana kita kehilangan Pulau Batu Putih. tapi sekarang ini, sedarkah kita sedang kehilangan beratus-ratus ekar tanah disebabkan hakisan, saya harap pihak berwajib dapat lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini," kata Nik Khairuddin.

Selain itu, ombak besar juga menyebabkan berlaku longgokan pasir di muara sungai yang mengakibatkan hampir 100 bot nelayan tidak dapat keluar ke laut mencari rezeki.

KOS TINGGI UNTUK BINA BENTENG

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Anizam Abdul Rahman ketika diajukan persoalan itu berkata, kerajaan negeri sedang melakukan apa yang terdaya untuk membantu penduduk terlibat.

Menurut beliau, pembinaan benteng di kawasan terlibat dengan hakisan telahpun dilaksanakan oleh JPS Kelantan.

Bagaimanapun, pembinaan benteng tidak dapat dilaksanakan sekaligus di sepanjang kira-kira 70 kilometer pesisir pantai negeri Kelantan kerana ia melibatkan peruntukkan kos yang tinggi.

"Masalah hakisan di situ bukan perkara baru, di Kuala Pak Amat tu dah lama, lebih satu kilometer tanah dah masuk ke dalam laut. Hakisan ni juga berlaku di seluruh negara, bukan Kelantan sahaja.

"Nak buat semua tu perlukan peruntukan yang banyak. Tetapi setiap tahun kita ada peruntukan untuk itu, (jadi) kita buat setakat yang kita mampu buat," kata Mejar (B) Anizam.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sedang mencari tempat yang sesuai untuk memindahkan penduduk terlibat dengan ancaman ombak besar di situ.

-Oleh Syarifah Hunaini Syed Ismail

Hari Raya Haji Pada 8 Dis

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari Khamis mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Dis.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 Nov 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Dis," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

-- BERNAMA

Wednesday, November 26, 2008

Awas musim cuti sekolah!

Azamin Amin -harakahdaily

Ketika orang dewasa atau ibu-bapa leka dan sibuk dengan program musim cuti seperti aktiviti membeli-belah, berkelah ataupun bersantai di rumah, barangkali 'bahaya' senantiasa mengintai kanak-kanak di mana-mana sehingga menyebabkan kehilangan ataupun berlakunya penculikan.

Masih ingatkah lagi wajah comel, Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd Nashar yang mana kisah mereka begitu menyayat hati seluruh rakyat Malaysia?

Sepintas lalu, Harakahdaily sekali lagi berhasrat mengajak ibu bapa dan semua pihak pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui serba ringkas langkah-langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) supaya kejadian buruk dapat dibendung seterusnya mangsa penculikan dapat dikesan dalam jangka masa terdekat sekaligus menyelamatkan nyawa mereka.

Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa culik:-

Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak

1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah
2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.

Dua jam kemudian

1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin

Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah

1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.

Lokasi mudah penculikan

1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan

Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh

1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu.
2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.
6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut.
7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT

Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara Harakah dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim (www.kamalfndhashim.blogspot.com) yang telah disiarkan dalam keluaran akhbar Harakah awal tahun ini.Jika berkesempatan dan berkemampuan, cetak tips ini untuk diedarkan.

Sehingga berita ini ditulis Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya belum lagi ditemui.Semoga seluruh rakyat Malaysia prihatin dapat membantu mengesannya di samping berdoa agar Sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat dan doakan roh Nurin dirahmati Allah SWT.- Hrkh

(Sebarang kritikan, pandangan dan aduan bolehlah disisipkan ke azaminamin@yahoo.com

Tuesday, November 25, 2008

kesilapan yang hasilkan ribuan ringgit sehari!

Mungkin satu kebiasaan bagi kita apabila ingin mengejar sesuatu
impian, kita akan mendapat banyak halangan. Orang akan berkata
tidak, dan semua perkara tidak menjadi seperti yang dirancangkan.
Jangan biarkan ianya mengubah momentum dan semangat anda.

Cuba ambil contoh George Lucas. Ramai yang tidak tahu pada mulanya
George memujuk Marvel Comics untuk membuat filem tentang Flash
Gordon, dan mereka langsung tidak ambil peduli. Dan akhirnya,
setelah berkali-kali permintaannya ditolak, beliau membuat
Star Wars.

Daripada halangan tersebut, beliau mengeluarkan produk yang
menghasilkan billion US dollar, daripada filem, video games
sehinggalah kepada pakaian. Seluruh dunia tergilakan aksi Star
Wars! Inilah hasilnya selepas matlamat utamanya ditolak.

Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri,
matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yang
menolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda
perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti
capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama
anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan
datang.

Apabila seseorang berkata tidak kepada anda, tanya kepada diri anda
apa yang boleh anda pelajari daripadanya. Apa perubahan yang perlu
supaya mereka berkata ya kepada anda. Anda perlu keluar dan dapatkan
maklum balas. Dari situ anda tahu mana yang boleh berhasil, apa yang
pelanggan anda mahu dan sebabnya.

"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK
AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!"

Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada
kesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda
perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang
berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan.

Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah
sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu
kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu
motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda
perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang
semua perlawanan.

Dalam bisnes anda akan selalu diuji, anda anda perlu tangkas dan
berani menghadapi cabaran.

Ingat, orang yang berhenti tidak akan maju ke depan.


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam
--http://hebat-affiliate.blogspot.com/

Sunday, November 23, 2008

Michael Jackson buktikan agama Islam benar - Nik Aziz


KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.Image

"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau diminta mengulas keputusan penyanyi terkenal berkenaan memeluk agama Islam sebagaimana dilaporkan media semalam.

Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki.

ImageJacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru.

Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan Jackson itu membuktikan beliau tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya sebelum ini.

"Walau pun Jackson merupakan seorang penyanyi tersohor dunia, sudah tentu dia banyak membaca untuk mendapat maklumat berhubung kebenaran Islam.

"Memanglah dia tu penyanyi, semua orang kenal dia, tetapi tidak bererti dia tu menyanyi sahaja," katanya.

Beliau juga berharap penyanyi terbabit dapat mempromosikan Islam melalui tindak tanduk yang baik dan lirik-lirik lagu yang dapat memberi keinsafan kepada manusia serta mengakui kebesaran Allah.

Menurutnya, hanya agama Islam yang benar kerana diperakui oleh Allah Taala.

Kata beliau juga mereka yang sudah lama beragama Islam jarang mengambil peluang untuk mempromosikan agama itu kepada umum bagi menarik lebih ramai orang bukan Islam mendekati agama tersebut.Image

"Walau pun Islam tidak memaksa sesiapa memeluk agama suci itu, namun setiap dari mereka wajib berdakwah serta mempromosikannya kepada penganut agama lain.

"Kelantan sendiri tanpa disedari telah mempromosikan agama Islam dalam pentadbirannya seperti mengharamkan riba, menutup aurat, cuti dua hari dan pemberian manfaat kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas," katanya.

Beliau juga berkata, masyarakat bukan Islam termasuk Hindu pernah menjemputnya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran mereka. - mj/mks.

-Harakah

Sunday, November 9, 2008

JUAL KEMAHIRAN MENCURI

Seorang bekas pencuri dari Minessota, Amerika Syarikat mendapat idea untuk membuat keuntungan daripada pengetahuan dan kemahirannya mencuri. Beliau bercadang untuk menulis buku dan menjualnya!

Jangan salah sangka. Beliau bukan menulis buku panduan bagaimana untuk mencuri. Sebaliknya beliau menulis buku panduan khusus untuk para pemilik kedai dan pasaraya bagaimana untuk mengatasi masalah kakitangan atau pelanggan yang suka menipu dan mencuri barangan ataupun wang tunai.

Buku panduan berharga $50 yang dijual secara pos (mail order) itu mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengusaha kedai dan pasaraya di seluruh Amerika dan Kanada! Kandungan buku panduan itu sangat berkesan kerana ia mendedahkan taktik dan helah yang sering digunakan oleh pelanggan dan kakitangan yang suka mencuri!

Salah seorang pemilik pasaraya yang amat berpuas hati dengan buku tersebut mendedahkan beliau dapat menyelamatkan kerugian sebanyak $25,000 setahun setelah membaca buku itu!

Begitulah, kemahirannya mencuri telah mendatangkan pendapatan sebanyak $500,000 hanya dengan menjual buku tersebut! Kini beliau tidak perlu mencuri lagi.
http://maharajavideo.blogspot.com/

info;
TAZILAN IBRAHIM

Saturday, November 8, 2008

Perlukah Muslim sokong Obama?

Pemilihan calon presiden parti-parti utama Amerika Syarikat, Republikan dan Demokratik tahun ini menarik minat yang luar biasa daripada seluruh dunia, tidak terkecuali dunia Islam.

Minat luar biasa ini tertumpu pada tokoh muda Demokrat, Barack Hussein Obama, yang diletakkan harapan besar oleh banyak pihak termasuk minoriti Muslim di AS dan sejumlah besar Muslim di seluruh dunia.

Minat dan harapan kepada Obama ini meletakkan senator dari Illinois ini di satu kedudukan yang istimewa. Obama disamakan dengan John F Kennedy, dari sudut idealisme dan harapan baru kepada AS.

Bagaimanapun, berbeza dengan Kennedy, Obama mendapat perhatian khusus dunia Islam. Muslim di AS dan seluruh dunia meletakkan harapan pada Obama untuk membawa perubahan yang jauh lebih baik, lebih-lebih lagi selepas bencana pentadbiran Presiden George W Bush.

Hal ini wajar dilihat dengan lebih kritikal, walaupun disebabkan pesaingnya John McCain dilihat sebagai tidak berbeza dengan Bush dan dijangka akan meneruskan dasar Bush.

Dunia Muslim sebelum ini pernah mengambil sikap yang sama; memberi sokongan dan meletakkan harapan besar pada bakal presiden AS. Pada tahun 2000, menyokong Bush, calon Republikan, merupakan satu sikap yang popular bagi Muslim AS dan seluruh dunia.

Pertubuhan-pertubuhan Muslim di AS pada masa itu mengambil sikap yang tidak kritikal terhadap Bush. Sikap Bush sebelum itu, iaitu menunjukkan sikap mesra dengan Muslim AS, dilihat sebagai mewakili sikap sebenar Bush dan petunjuk dasar luarnya apabila menjadi presiden kelak.

Apa yang lebih mendedahkan sikap tidak kritikal sebahagian Muslim AS pada masa itu ialah sokongan kepada Bush sebahagian besarnya disebabkan calon naib presiden Parti Demokratik, Joseph Lieberman, ialah seorang Yahudi.

Akibat rasa kurang senang dengan calon Yahudi, Muslim AS memberi sokongan penuh kepada Bush dan calon naib presiden yang kini terbukti bermasalah, Dick Cheney.

Akhirnya, hanya selepas satu penggal Bush menduduki White House, Muslim AS yang memberi sokongan kepada Bush-Cheney pada tahun 2000 kecewa dan menarik balik sokongan.

Sepatutnya, apa yang berlaku itu dijadikan satu pengajaran bagi Muslim AS dan dijadikan sebab untuk lebih memahami politik AS dan bergiat dalam sistem politiknya- antaranya sebagai kumpulan pelobi - dan bukan hanya memberi sokongan kepada calon presiden kerana terbukti presiden bukan penentu semua dasar pentadbiran.

Sokongan kepada Obama oleh Muslim di luar AS sebahagiannya disandarkan pada sentimen dan persepsi tentang dasar luar yang akan dibawa oleh pentadbirannya nanti jika beliau memenangi jawatan presiden.

Sentimen minoriti juga menjadi satu punca sokongan Muslim AS kepada Obama. Beliau dilihat sebagai underdog, mewakili kumpulan yang sama dalam usaha memenangi jawatan yang selama ini dikuasai kaum majoriti kulit putih.

Obama sepanjang tempoh kempennya sangat berhati-hati dengan persepsi tentang agamanya, terutama terhadap dakwaan bahawa beliau sebenarnya seorang Muslim.

Obama juga sehingga kini sangat berhati-hati dalam menerima sokongan warga Muslim AS. Beliau mungkin tidak mahu dikaitkan sebagai tokoh yang mewakili suara Muslim AS, terutama ketika masih terdapat warga AS yang percaya yang beliau sebenarnya seorang Muslim.

Dalam satu perkembangan yang memberi gambaran sikap sangat berhati-hati ini, dua orang wanita Muslim bertudung dihalang daripada duduk di belakang Obama dalam dua rali berasingan.

Arahan itu dikatakan bukan datang dari Obama, tetapi hal itu menunjukkan persepsi negatif terhadap Muslim tetap wujud, dan wujud di kalangan mereka yang mengendalikan kempen Obama.

Kedudukan di belakang posisi Obama ketika berucap penting bagi membina persepsi tentang sokongan meluas diperolehi. Mereka yang berada di bahagian itu akan dilihat pada gambar atau rakaman televisyen yang diambil ketika Obama berucap. Lebih pelbagai mereka yang duduk dibelakangnya, lebih beliau akan dilihat sebagai mewakili semua lapisan rakyat AS.

Malangnya, wujud persepsi yang kehadiran wanita Muslim bertudung akan menjejaskan imej Obama. Apapun sebab wanita terbabit dihalang daripada mengambil tempat itu, hal ini pasti mempunyai kaitan dengan persepsi berkaitan Islam yang cuba ditepis Obama.

Ini bagaimanapun tidak bermakna sokongan dan harapan patut diberikan pada McCain. Pilihan untuk AS yang lebih baik bukan hanya terletak pada presiden, atau dua parti utama, Republikan dan Demokratik.

Hal ini sepatutnya mendorong Muslim AS bergiat dalam politik dengan lebih aktif, dalam masyarakat sivil, kumpulan pelobi dan sebagai pengundi di semua peringkat.

Pergantungan pada kuasa presiden semata-mata ialah satu pemahaman yang sangat menyeleweng.

--Haris Zalkapli

Monday, November 3, 2008

Pelik!

Apabila memperkatakan tentang politik wang, semua pimpinan UMNO, dari semua Majlis Tertinggi hinggalah kepada AJK Bahagian, semuanya senada, satu suara. Masing-masing dengan lantang menyuarakan supaya dihentikan politik wang. Kalau semua pihak dan semua golongan menentang politik wang, siapa sebenarnya yang mengamalkan politik wang dalam UMNO? Pelik sungguh!

Itu satu hal, yang peliknya ialah semenjak era Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO, sudah sangat serious menentang politik wang di semua peringkat. Dan semenjak waktu itu saya sudah merasa hairan apabila setiap perwakilan bercakap dalam Perhimpunan Tahunan, semuanya menentang politik wang. Majlis Tertinggi lebih-lebih lagi lantangnya mahu politik wang di banteras habis-habisan. Kalau begitu siapa sebenarnya yang mengamalkan politik wang? Adakah ahli AJK Cawangan atau ahli biasa? Pelik sungguh!

Semenjak semua peringkat pimpinan UMNO begitu serious mahu membenteras Politik wang, hanya beberapa kerat sahaja, dalam bilangan jari yang di dakwa sebagai terlibat. Itu pun yang sabit kesalahan pula tidak sampai jumlah jari sebelah tangan. Pelik sunguh! Kalau UMNO terus menerus bersandiwara begini, maka tidak hairanlah keyakinan rakyat kepada UMNO semakin terhakis.

*#* Pendapatan RM10,000 mengisi borang

Ekonomi Amerika Dah Mula Jatuh. Tak Percayakah?

Terima kasih juga kepada seorang kawan yang berbeza pendapat terhadap kedudukan ekonomi AS kini. Saya adalah dari pihak yang berpendapat bahawa ekonomi AS dah mula merudum. Kawan saya pula mengatakan bahawa keruntuhan sebuah institusi kewangan di AS itu tidak menggambarkan keruntuhan ekonomi keseluruhan.

Saya memang akui tidak bersandarkan sebarang fakta dalam bentuk angka. Hujah saya hanya berpegang kepada fakta bahawa mana-mana negara pun sangat menyembunyikan fakta-fakta ekonomi kerana mahu menjaga maruah kepimpinan dan pengaruh, lebih-lebih lagi AS. Sumber maklumat ekonomi hanya di lihat kepada petunjuk yang tidak dapat di sembunyikan seperti saham, nilai mata wang, defisit, keruntuhan institusi kewangan, syarikat-syarikat yang bangkrap.

Selain itu perlu juga dilihat kesan kepada negara-negara lain yang secara langsung terlibat dalam dagangan dua hala. Kini negara-negara lain seperti Jepun, Korea, Australia, Singapura, Eropah bahkan seluruh dunia mengalami kelembapan ekonomi. Negara-negara maju masing-masing menyuarakan berbagai langkah jangka pendek dan jangka panjang dalam menghadapi kemelesetan ekonomi kesan dari masaalah yang bermula dari AS.

Selepas ekonomi yakinlah bahawa AS bakal menghadapi pula keruntuhan sistem demokrasi. Saya bercakap atas dasar keyakinan bahawa sudah sampai masanya Tuhan meruntuhkan sistem yang sangat menghuru harakan dunia. Apabila induk sistem anti Tuhan ini musnah, maka Tuhan pasti akan gantikan dengan sistem lain yang sangat mendamaikan kehidupan manusia. Sudah pastilah Islam kerana ini adalah era kebangkitan Islam. Tuhan tidak akan membiarkan lagi AS sewenang-wenangnya meratah negara Islam seperti yang AS lakukan keatas Iraq. Kini, sebagai satu ugutan kepada pemimpin negara Islam, maka AS mengganas di sekitar Iran, Syria, Pakistan dan Afghanistan. AS membayangkan kepada dunia bahawa di negara-negara tersebut terdapat pengganas yang AS bertanggungjawab menghapuskannya. Pengganas yang dicipta AS itu ibarat cerita hantu yang direka dalam masyarakat. Hantu rekaan itu akhirnya menakutkan semua orang termasuk yang tukang reka itu. Namun wajah dan rupa hantu yang direka itu tiada siapa yang pernah menemuinya.

Keyakinan adalah modal penting untuk mengembalikan semangat memperjuangkan Islam. Keyakinan dan semangat inilah yang sudah dipadamkan oleh nafsu, syaitan, sekularisma hasil cetusan oleh AS sendiri.

-from SayangiKeluarga.com

Followers

My Blog List