Monday, November 3, 2008

Ekonomi Amerika Dah Mula Jatuh. Tak Percayakah?

Terima kasih juga kepada seorang kawan yang berbeza pendapat terhadap kedudukan ekonomi AS kini. Saya adalah dari pihak yang berpendapat bahawa ekonomi AS dah mula merudum. Kawan saya pula mengatakan bahawa keruntuhan sebuah institusi kewangan di AS itu tidak menggambarkan keruntuhan ekonomi keseluruhan.

Saya memang akui tidak bersandarkan sebarang fakta dalam bentuk angka. Hujah saya hanya berpegang kepada fakta bahawa mana-mana negara pun sangat menyembunyikan fakta-fakta ekonomi kerana mahu menjaga maruah kepimpinan dan pengaruh, lebih-lebih lagi AS. Sumber maklumat ekonomi hanya di lihat kepada petunjuk yang tidak dapat di sembunyikan seperti saham, nilai mata wang, defisit, keruntuhan institusi kewangan, syarikat-syarikat yang bangkrap.

Selain itu perlu juga dilihat kesan kepada negara-negara lain yang secara langsung terlibat dalam dagangan dua hala. Kini negara-negara lain seperti Jepun, Korea, Australia, Singapura, Eropah bahkan seluruh dunia mengalami kelembapan ekonomi. Negara-negara maju masing-masing menyuarakan berbagai langkah jangka pendek dan jangka panjang dalam menghadapi kemelesetan ekonomi kesan dari masaalah yang bermula dari AS.

Selepas ekonomi yakinlah bahawa AS bakal menghadapi pula keruntuhan sistem demokrasi. Saya bercakap atas dasar keyakinan bahawa sudah sampai masanya Tuhan meruntuhkan sistem yang sangat menghuru harakan dunia. Apabila induk sistem anti Tuhan ini musnah, maka Tuhan pasti akan gantikan dengan sistem lain yang sangat mendamaikan kehidupan manusia. Sudah pastilah Islam kerana ini adalah era kebangkitan Islam. Tuhan tidak akan membiarkan lagi AS sewenang-wenangnya meratah negara Islam seperti yang AS lakukan keatas Iraq. Kini, sebagai satu ugutan kepada pemimpin negara Islam, maka AS mengganas di sekitar Iran, Syria, Pakistan dan Afghanistan. AS membayangkan kepada dunia bahawa di negara-negara tersebut terdapat pengganas yang AS bertanggungjawab menghapuskannya. Pengganas yang dicipta AS itu ibarat cerita hantu yang direka dalam masyarakat. Hantu rekaan itu akhirnya menakutkan semua orang termasuk yang tukang reka itu. Namun wajah dan rupa hantu yang direka itu tiada siapa yang pernah menemuinya.

Keyakinan adalah modal penting untuk mengembalikan semangat memperjuangkan Islam. Keyakinan dan semangat inilah yang sudah dipadamkan oleh nafsu, syaitan, sekularisma hasil cetusan oleh AS sendiri.

-from SayangiKeluarga.com

No comments:

Followers

My Blog List