Sunday, November 9, 2008

JUAL KEMAHIRAN MENCURI

Seorang bekas pencuri dari Minessota, Amerika Syarikat mendapat idea untuk membuat keuntungan daripada pengetahuan dan kemahirannya mencuri. Beliau bercadang untuk menulis buku dan menjualnya!

Jangan salah sangka. Beliau bukan menulis buku panduan bagaimana untuk mencuri. Sebaliknya beliau menulis buku panduan khusus untuk para pemilik kedai dan pasaraya bagaimana untuk mengatasi masalah kakitangan atau pelanggan yang suka menipu dan mencuri barangan ataupun wang tunai.

Buku panduan berharga $50 yang dijual secara pos (mail order) itu mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengusaha kedai dan pasaraya di seluruh Amerika dan Kanada! Kandungan buku panduan itu sangat berkesan kerana ia mendedahkan taktik dan helah yang sering digunakan oleh pelanggan dan kakitangan yang suka mencuri!

Salah seorang pemilik pasaraya yang amat berpuas hati dengan buku tersebut mendedahkan beliau dapat menyelamatkan kerugian sebanyak $25,000 setahun setelah membaca buku itu!

Begitulah, kemahirannya mencuri telah mendatangkan pendapatan sebanyak $500,000 hanya dengan menjual buku tersebut! Kini beliau tidak perlu mencuri lagi.
http://maharajavideo.blogspot.com/

info;
TAZILAN IBRAHIM

No comments:

Followers

My Blog List