Monday, November 3, 2008

Pelik!

Apabila memperkatakan tentang politik wang, semua pimpinan UMNO, dari semua Majlis Tertinggi hinggalah kepada AJK Bahagian, semuanya senada, satu suara. Masing-masing dengan lantang menyuarakan supaya dihentikan politik wang. Kalau semua pihak dan semua golongan menentang politik wang, siapa sebenarnya yang mengamalkan politik wang dalam UMNO? Pelik sungguh!

Itu satu hal, yang peliknya ialah semenjak era Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO, sudah sangat serious menentang politik wang di semua peringkat. Dan semenjak waktu itu saya sudah merasa hairan apabila setiap perwakilan bercakap dalam Perhimpunan Tahunan, semuanya menentang politik wang. Majlis Tertinggi lebih-lebih lagi lantangnya mahu politik wang di banteras habis-habisan. Kalau begitu siapa sebenarnya yang mengamalkan politik wang? Adakah ahli AJK Cawangan atau ahli biasa? Pelik sungguh!

Semenjak semua peringkat pimpinan UMNO begitu serious mahu membenteras Politik wang, hanya beberapa kerat sahaja, dalam bilangan jari yang di dakwa sebagai terlibat. Itu pun yang sabit kesalahan pula tidak sampai jumlah jari sebelah tangan. Pelik sunguh! Kalau UMNO terus menerus bersandiwara begini, maka tidak hairanlah keyakinan rakyat kepada UMNO semakin terhakis.

*#* Pendapatan RM10,000 mengisi borang

No comments:

Followers

My Blog List