Wednesday, December 9, 2009

1,191 kes tipu perbankan internet

Sebanyak 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta, dipindahkan melalui perbankan Internet dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung berkata jumlah kes penipuan itu masih kecil berbanding jumlah keseluruhan transaksi perbankan Internet dalam tempoh yang sama.

"Keseluruhan transaksi Internet bagi tempoh Jan hingga Jun tahun ini berjumlah 50.3 juta, melibatkan RM348.5 bilion, dengan kerugian hanya dalam lingkungan RM1 juta iaitu 0.0003 peratus sahaja," katanya menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pada persidangan Dewan Rakyat.

Fong ingin mengetahui bilangan kes jenayah perbankan Internet yang dikesan serta nilai kerugian yang dialami pemegang akaun bank.

Chor berkata antara langkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memastikan keselamatan penggunaan perbankan elektronik ialah dengan mengeluarkan garis panduan kawalan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua institusi yang menyediakan perbankan Internet dan ATM.

"BNM juga telah mengarahkan pelaksanaan penentusahan dua faktor bagi transaksi perbankan Internet yang berisiko tinggi.

"Penentusahan faktor pertama iaitu nama pengguna dan nombor PIN akan dilengkapi dengan penentusahan faktor kedua melalui penggunaan alat penentusahan tambahan seperti kod kebenaran transaksi yang diperoleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS), sijil digital, kad pintar atau token Universal Serial Bus (USB)," katanya.

Beliau berkata institusi perbankan juga perlu memastikan infrastruktur sistemnya dilengkapi kawalan keselamatan bagi mengesan dan melaporkan sebarang transaksi perbankan yang mencurigakan.

"Institusi perbankan juga dikehendaki melaporkan sebarang kejadian penipuan dengan segera kepada BNM selain menjalankan program pendidikan dan kesedaran pelanggan secara berterusan mengenai keselamatan dan langkah berjaga-jaga terhadap penipuan perbankan elektronik ini," katanya. BERNAMA

Monday, December 7, 2009

Tragedi KB Mall: Mangsa minta RM50 sebelum maut

Bapa salah seorang mangsa, yang terbunuh kerana dihempap sebuah kereta di Pasaraya KB Mall di Kota Bharu, berkata anaknya itu memberitahunya bahawa beliau sihat tetapi meminta memasukkan RM50 ke dalam akaunnya.

Samsudin Abd Rahman, 52, berkata beliau tidak menyangka itulah permintaan terakhir anak ketiga daripada enam beradik, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, sebelum meninggal dunia dalam kejadian di mana sebuah kereta jenis Ford Lser TX3 terjunam dari tempat parkir tingkat tiga pasar raya itu dan menghempap mangsa.

"Kali terakhir saya bertemu dengan dia pada hari raya Aidiladha yang lalu. Semalam tiga kali saya menelefon dia untuk bertanya khabar.

"Tiada sebarang perubahan pada dia. Dia hanya memberitahu saya dia tidak mempunyai wang dan meminta saya memasukkan wang sebanyak RM50, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu malam tadi.

Mangsa yang berasal dari Felda Chiku, Gua Musang, pelajar tahun satu, semester tiga di sebuah kolej perubatan Masterskill di Kota Bharu meninggal dunia di tempat kejadian itu.

Samsudin berkata, beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu setelah mendapat panggilan telefon daripada pihak pengurusan kolej kira-kira pukul 5.30 petang semalam sebelum beliau dan keluarga bergegas ke HRPZII.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, dua pelajar perempuan kolej itu cawangan Kota Bharu maut, Siti Nor Amira dan Siti Nor Diana Azman, 18 manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta jenis Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.

Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak oleh rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu, lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar tersebut di tingkat bawah pasar raya berkenaan. BERNAMA

Tragedi KB Mall





Tragedi kereta terjunam dari roof parking ke dalam ruang legar KB Mall pada 06 Disember 2009 pukul 5.40 petang

Sunday, September 13, 2009

Kelantan terima sumbangan 7 juta, bina masjid

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini telah menerima sumbangan derma dan wakaf bagi pembinaan Masjid Al Hussin, Bandar Baru Tunjung dekat sini yang bernilai RM7juta.

Masjid berkenaan diberi nama Al Husin mengambil sempena nama penyumbang terbesar masjid tersebut Tan Seri Rashid Hussin, yang juga merupakan tokoh korporat.

Masjid berkenaan akan dibena di atas tanah seluas 5.5 ekar yang dibeli dari pemilik individu sejak beberapa tahun lalu menerusi 26 orang pemilik dengan nilaian RM2.6juta.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu memberitahu pembinaan masjid berkenaan akan melengkapkan lagi pembinaan Bandar Baru Tunjung yang telah dirancang enam tahun lalu.

Menurutnya, masjid yang bercirikan seni bena warisan klasik Othmaniah Turki itu bakal memuatkan 2,000 jemaah pada satu satu masa.

"Adalah diharapkan ianya menjadi mercu tanda baru bagi bagi negeri ini khususnya Bandar Baru Tunjung yang bakal diwujudkan,"ujarnya.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat Kelantan yang bersifat dermawan supaya meningkat gandakan usaha derma pada bulan Ramadan yang semakin di penghujungnya.

Katanya, hanya amalan derma, membaca al Quran, berdoa, berzikir dan pelbagai lagi amalan mulia lain akan membantu seseorang itu di akhirat nanti.

"Kita hari ini memohon sumbangan derma dari orang ramai untuk memberi peluang pada mereka berderma atau mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid, walaupun kerajaan negeri telah melunaskan pampasan tanah kepada 26 orang pemilik semalam,"ujarnya.

Sementara itu Tan Sri Rashid Husin sekali lagi menyumbangkan sejumlah RM50,000 untuk tapak pembinaan masjid, turut menghulurkan sumbangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), PMBK Sawit, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Turut menderma beberapa Pejabat Tanah dan Jajahan di negeri Kelantan, ahli perniagaan,individu serta rakan rakan media._

-harakahdaily

Monday, June 29, 2009

Pemimpin UMNO Sapu RM 20 juta, Projek Jambatan Sultan Yahya Petra 2 Terbengkalai.

Kuala Nerus – Gejala rasuah yang berlaku dikalangan pemimpin UMNO mengakibatkan kebocoran dan ketirisan berlaku dalam projek kerajaan.


Projek besar dan kecil ditipu oleh pemimpin UMNO menyebabkan ia menelan belanja lebih besar dari yang sepatutnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring malam semalam.

Beliau mendedahkan penyelewengan pemimpin UMNO Kelantan dalam projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2 (JSYP2) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 Ogos tahun 2007.

Beliau berkata projek tersebut tidak ditender dan diberi kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail.

”Kementerian Kewangan melalui Kementerian Kerja Raya di peringkat pusat telah memberi kontrak membina jambatan ini kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu dengan harga RM 150 juta,

”Kita (PAS) bila tahu, kita tanya JKR berapa harga sepatutnya sebenarnya mengikut penilaian JKR,

”JKR kata harga sebenar jambatan ini, kalau diberi secara tender (terbuka) paling mahal berharga RM 110 juta,”katanya.

Katanya kelulusan projek JSYP2 hampir kepada waktu pilihanraya umum yang lalu dimana perasmian pecah tapak projek tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri tanpa menjemput Menteri Besar Kelantan.

Oleh itu, setelah perasmian tapak tersebut, katanya, syarikat berkenaan telah menuntut bayaran daripada kerajaan pusat lebih dari RM 20 juta.

Beliau berkata apabila mendapat bayaran dari kerajaan persekutuan, syarikat tersebut tidak meneruskan pembinaan JSYP2 dan terbengkalai sehingga kini.

”Akhirnya dia telah tuntut sebanyak lebih dari RM 20 juta, lepas itu dia pun tinggal (projek), tidak buat, sampai ke hari ini tidak buat, pitih RM 20 juta dia kebas,

”Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu beli kereta Porsche sebuah, nombor plate DBH1, yang harganya lebih sejuta ringgit,”dedah Ustaz Wan Ismail.

Katanya projek pembinaan JSYP2 yang terbengkalai adalah satu bukti bagaimana pemimpin UMNO menipu kontrak kerajaan.

”Dahlah boleh (mendapat) kontrak dengan harga yang mahal, tipu kerajaan pula, ambil pitih tapi tak buat kerja,”tambahnya.

Beliau berkata, kerajaan (rakyat) terpaksa menanggung kerugian bepuluh juta ringgit kerana terpaksa melantik kontraktor lain bagi melaksanakan projek itu dan wang lebih RM 20 juta yang telah diberikan kepada syarikat tersebut tidak dapat dituntut semula.

-http://www.buletinonline.net/

Saturday, June 27, 2009

Umno bacul - Awang Adek membisu

Tindakan Umno yang mahu menggunakan tentera untuk memenangi pilihan raya kecil Manek Urai disifatkan bacul oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menuntut Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

Untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai, Umno akan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, kata Mahfuz.

Ketika mendedahkan perkara itu dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengemukakan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Awang Adek membisu. Malah, kesemua menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional diam ketika Mahfuz mengemukakan pertanyaan mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu.

Tidak puas hati dengan sikap membisu para pemimpin Umno terhadap apa yang dibangkitkannya itu, beliau kemudiannya mengadakan sidang akhbar mendedahkan perkara itu (video sidang akhbar di sini).

Operasi meraih undi untuk Barisan Nasional menetapkan misi khas kepada anggota tentera melalui perlaksanaan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, kata beliau.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

"Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12," kata Mahfuz.

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut "diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan Barisan Nasional".

"Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telah pun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni," tambah Mahfuz

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut beliau, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

"Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan Barisan Nasional yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera," kata Mahfuz.

Menurut beliau, mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan Barisan Nasional adalah di luar dari bidang tugas tentera.

"Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat.

"Di sini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Arahan itu, katanya, jelas merupakan satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya ialah ini adalah projek pilihanraya," kata Mahfuz.-harakah

hamirdin: IT IS TIME TO SERANG NIK AZIZ

hamirdin: IT IS TIME TO SERANG NIK AZIZ

Friday, June 26, 2009

Selsema Babi: Tentera Amerika dikuarantin di kem Kuantan

Seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang sedang menjalani siri eksesais kesiapsiagaan dan latihan kerjasama 2009 (CARAT 2009) di sini, dikuarantin di sebuah kem tentera dekat sini, kerana disyaki dijangkiti virus Influenza A (H1N1) sejak Rabu.

Menurut laporan agensi berita, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri Pahang Dato' Hoh Khai Mun dipetik sebagai berkata, anggota tentera terbabit dikuarantin di kem terbabit kerana telah menunjukkan simptom H1N1.

"Sesiapa juga jika didapati menunjukkan tanda-tanda virus berkenaan akan dikuarantin sebelum keputusan sampel darahnya diketahui sama ada positif atau tidak.

"Ini adalah prosedur biasa, bagaimanapun setakat ini, Pahang masih bebas daripada H1N1," katanya ketika dihubungi.Khamis.

Hoh berkata beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berkenaan anggota tentera terbabit.

Eksesais CARAT 2009 selama 10 hari yang bermula 23 Jun lepas itu merupakan siri latihan dua hala tahunan yang melibatkan 1,600 anggota tentera dari Amerika Syarikat dan enam negara Asean - Malaysia, Thailand, Brunei, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Eksesais itu bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan, perkongsian maklumat, kerjasama taktikal antara anggota tentera terlibat serta turut melaksanakan pelbagai program sosial dan khidmat masyarakat. _ harakah

JOM SUMPIT: Nik Aziz ajak Najib berdebat

Thursday, June 25, 2009

Amerika kecewa Ahmadenejad terpilih

MENGAPAKAH media Barat, terutama media Amerika Syarikat tiba-tiba memainkan peranan 'pak sibuk' nombor wahid dalam melapor dan menganalisis pilihan raya presiden Iran?

Kesungguhan tidak terperi mereka dalam memberi liputan meluas kepada pilihan raya di Iran dan keputusannya seolah-olah menggambarkan siapa yang menjadi Presiden Republik Islam itu memiliki anak kunci untuk merobah dunia, menyelesaikan masalah ekonomi global serta meletakkan noktah terakhir kepada sengketa di Asia Barat.

Nampaknya, di sebalik slogan kebebasan media yang dipertahankan oleh Barat, sikap berat sebelah serta kewartawanan beragenda membumbui laporan dan liputan pilihan raya presiden Iran. Malah sebelum tarikh pengundian lagi, mereka telah mengandaikan Presiden Mahmoud Ahmadenejad bakal gagal mempertahankan jawatannya.

Misalnya majalah Newsweek edisi 15 Jun 2009, menyiarkan analisis bertajuk 'Why Iran's President May Lose' (Mengapa Presiden Iran Mungkin Tewas).

Kini di sebalik kemenangan Ahmadnejad, dakwaan penipuan kiraan undi yang lebih menjurus kepada krisis dalaman negara berkenaan diperbesar-besarkan dan diberikan dimensi baru dengan tujuan menghasut penyokong calon yang tewas, Mir Hossein Mousavi, bagi mewujudkan keadaan paling tegang negara tersebut selepas Revolusi Islam Iran 1979.

Perbalahan dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti politik Iran dan rakyat negara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan pelik. Ia lumrah di mana-mana sekalipun termasuk di Amerika Syarikat, Great Britain dan negara-negara Barat yang lain.

Tetapi apabila media Amerika mengepalai kempen Barat dalam menghura-hurakan keadaan politik sesebuah negara dengan mempermodalkan persengketaan dalaman, maka ia mengesahkan lebih lanjut dasar suka cari fasal Washington terhadap negara-negara Islam sebagaimana yang dilakukan terhadap Afghanistan dan Iraq bagi pelbagai tujuan kepentingannya.

Walaupun pelbagai pihak dan negara (kebanyakannya sekutu Amerika) dan para ulama tertentu republik tersebut mendakwa merasa bimbang terhadap apa yang berlaku di Iran, pihak yang lebih masak dengan permainan Barat dan Amerika terus mengucapkan tahniah kepada Ahmadnejad.

Mereka termasuklah Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa; pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah; Presiden Iraq, Jalal Talabani dan pemipin radikal negara berkenaan Muqtada al-Sadr, kerajaan Hamas di Gaza serta pertubuhan Jihad Islam Palestin; Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari; Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan beberapa negara Islam lain serta beberapa negara bukan-Islam yang melihat pemimpin Washington sebagai 'syaitan bertopengkan manusia'. Pemimpin negara bukan Islam ini termasuklah Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Pengerusi Majlis Tertinggi Rakyat Korea Utara, Kim Yong-nam.

Dalam perutusan tahniah masing-masing, mereka menyokong Ahmadnejad yang terus mengambil sikap anti-Israel, keengganan tunduk kepada tekanan Amerika dalam program nuklear serta ucapan-ucapan keras beliau terhadap Barat termasuk menafikan peristiwa Holocaust yang dikatakan dicipta oleh Israel untuk menagih simpati dunia.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Amerika dan Barat mahukan Mousavi yang dilihat sebagai sanggup berkompromi dengan Barat termasuk dalam soal program nuklear dengan melahirkan idea pembentukan sebuah konsortium Barat bagi memantau proses pengkayaan bahan uranium di Iran serta kesanggupan mengadakan dialog yang lebih terbuka dengan Amerika dan sekutu-sekutunya.

Ketegangan pilihan raya boleh berlaku di mana-mana tetapi keadaannya sudah tentu tidak akan menjadi lebih buruk dan tegang tanpa campur tangan media Barat dalam usaha mencapai agenda mereka terhadap sesebuah negara. -harakah

Tuesday, June 23, 2009

Shah Rukh Khan Hina Nabi?

Sebuah pesantren Islam di India telah mengeluarkan fatwa penentangan terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khan yang diduga telah membuat komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Bahkan atas komentarnya itu para pemuka agama Islam menolak untuk menerima klarifikasi dari sang bintang Bollywood tersebut.

Sebelumnya Sharukh Khan yang banyak digilai para wanita ini dalam sebuah wawancara disebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak mengesankan sepanjang sejarah, sejajar dengan Adolf Hitler dan Winston Churchill. Namun dirinya menolak tulisan yang ada di majalah tersebut dan mengatakan bahwa wartawan majalah yang mewawancarai dirinya telah 'salah kutip'.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shakhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam. "Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu dia harus mempertanggung jawabkannya dengan dibunuh," Pernikahannya tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal alias Kafir serta dia tidak boleh dikubur dipemakaman kaum Muslimin. Orang seperti itu harus segara bertobat dan meminta maaf untuk kembali kedalam Islam," kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan dengan tegas menolak komentar yang ada di majalah yang memuat wawancaranya itu dengan beralasan majalah tersebut salah kutip.

Pekan lalu, sebuah kasus kriminal telah didaftarkan di Mumbai untuk melawan Shahrukh Khan dan majalah yang mempublikasikan wawancaranya dibawah UU penghinaan terhadap agama dan pelanggaran terhadap kepentingan umum dari UU hukum pidana India.

Namun fatwa terhadap Shahrukh Khan yang dikeluarkan oleh ulama dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam tersebut ditentang oleh ulama lain. Juru bicara lembaga Darul Ulum Deoband Ashraf Usmani mengatakan bahwa "mereka tidak mempunyai rencana untuk mengeluarkan fatwa seperti itu. Fatwa yang dikeluarkan terhadap Shahrukh Khan tidak signifikan."

Ulama lain yang bernama Maulana Yasin Misbahi mengatakan bahwa," Fatwa tidak boleh dikeluarkan hanya berdasarkan laporan dari media."

Sedangkan juru bicara Jamiat Ulama India - Maulana Abdul Hamid Noamani Echoed mengatakan,"Ketika Khan mengatakan bahwa dirinya tidak pernah berkata seperti itu, maka fatwa apa yang harus dikeluarkan untuk dirinya?"

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristri seorang musyrik Hindu, dia terkenal di Indonesia setelah filmnya yang berjudul Kuch Kuch Hota Hai menjadi box office di bioskop-bioskop Indonesia.

-http://eramuslim.com

Shah Rukh Khan Hina Nabi?

http://eramuslim.com/berita/dunia/shahrukh-khan-menghina-nabi-muhammad.htm

Sebuah pesantren Islam di India telah mengeluarkan fatwa penentangan terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khan yang diduga telah membuat komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Bahkan atas komentarnya itu para pemuka agama Islam menolak untuk menerima klarifikasi dari sang bintang Bollywood tersebut.

Sebelumnya Sharukh Khan yang banyak digilai para wanita ini dalam sebuah wawancara disebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak mengesankan sepanjang sejarah, sejajar dengan Adolf Hitler dan Winston Churchill. Namun dirinya menolak tulisan yang ada di majalah tersebut dan mengatakan bahwa wartawan majalah yang mewawancarai dirinya telah 'salah kutip'.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shakhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam. "Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu dia harus mempertanggung jawabkannya dengan dibunuh," Pernikahannya tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal alias Kafir serta dia tidak boleh dikubur dipemakaman kaum Muslimin. Orang seperti itu harus segara bertobat dan meminta maaf untuk kembali kedalam Islam," kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan dengan tegas menolak komentar yang ada di majalah yang memuat wawancaranya itu dengan beralasan majalah tersebut salah kutip.

Pekan lalu, sebuah kasus kriminal telah didaftarkan di Mumbai untuk melawan Shahrukh Khan dan majalah yang mempublikasikan wawancaranya dibawah UU penghinaan terhadap agama dan pelanggaran terhadap kepentingan umum dari UU hukum pidana India.

Namun fatwa terhadap Shahrukh Khan yang dikeluarkan oleh ulama dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam tersebut ditentang oleh ulama lain. Juru bicara lembaga Darul Ulum Deoband Ashraf Usmani mengatakan bahwa "mereka tidak mempunyai rencana untuk mengeluarkan fatwa seperti itu. Fatwa yang dikeluarkan terhadap Shahrukh Khan tidak signifikan."

Ulama lain yang bernama Maulana Yasin Misbahi mengatakan bahwa," Fatwa tidak boleh dikeluarkan hanya berdasarkan laporan dari media."

Sedangkan juru bicara Jamiat Ulama India - Maulana Abdul Hamid Noamani Echoed mengatakan,"Ketika Khan mengatakan bahwa dirinya tidak pernah berkata seperti itu, maka fatwa apa yang harus dikeluarkan untuk dirinya?"

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristri seorang musyrik Hindu, dia terkenal di Indonesia setelah filmnya yang berjudul Kuch Kuch Hota Hai menjadi box office di bioskop-bioskop Indonesia.(fq/thehindu)

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti. -azm_-harakahdaily

Guru di Manek Urai diseru pilih BN

Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.

"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad dipetik berkata.
-www.malaysiakini.com

Monday, June 22, 2009

Thai atau Siam: Mana lebih tepat?

BERIKUTAN insiden pembunuhan kejam melibatkan 11 orang Islam ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Narathiwat 9 Jun lalu, kita wajarlah menyusun beberapa pelan tindakan berasaskan kebijaksanaan dan keberanian.

Setidak-tidaknya, ada tiga gerakan yang perlu terlibat iaitu gerakan ilmiah melibatkan ahli akademik, intelektual dan pensyarah, gerakan ketenteraan yang melibatkan Ahmad Zahid Hamidi dan rundingan politik melibatkan Menteri Luar Malaysia.

Percubaan awal untuk membincangkan isu ini di Parlimen menemui jalan buntu apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) sudah pun menolak usul ini untuk dibincangkan segera.

Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta Malaysia mengambil inisiatif memanggil sidang khas Asean dengan segera bagi membincangkan pergolakan itu. Tambah Nasir, 'Malaysia perlu mendesak OIC agar mengiktirafnya sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand.

Tetapi, jika tidak salah ingatan saya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meminta Malaysia menjadi wakilnya untuk menangani kemelut di Selatan Thai sebelum ini.

Malangnya, tatkala menjawab tuntutan OIC ini, Rais Yatim berkata, bahawa kemelut itu melibatkan masalah hal-ehwal dalaman negara-negara Asean dan negara tidak boleh ikut mencampuri urusan dalaman Thai.

Akhirnya, titik penamatnya berlaku di situ. Mungkin Rais boleh dihubungi semula untuk mengesahkan hal berkenaan.

Libatkan juga Britain

Selain ketenteraan negara, pergerakan intelektual dan rundingan kuasa politik, pihak yang perlu kita libatkan ialah kerajaan Britain sendiri.

Perjanjian Inggeris - Siam 1909 (Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo Siam 1909) di Istana Raja Thailand, bersama Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir John Anderson adalah antara titik tolak yang menyaksikan pemecahan kerajaan Melayu Patani.

Isi perjanjian pada tahun 1909 itu melibatkan perkara-perkara berikut. Antaranya:

1. Kerajaan Melayu Pattani meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
2. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah Thailand diserahkan kepada Britain.
3. Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
4. Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
5. Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.

Mungkin inilah asal-usul penjajahan Thai terhadap Melayu di utara Semenanjung dengan rasminya melalui pengiktirafan British; sebuah empayar terbesar pada saat itu.

Uusan mengkaji segala bentuk rundingan dan perjanjian yang terkait dengan penjajahan Yala, Narathiwat ini, maka ia terpundak di atas bidang tanggungjawab intelektual.

Tentera Malaysia perlu ambil peranan bersama

Desas-desus andaian yang kerap merebak dalam kalangan Melayu Islam di selatan Thai adalah, kebanyakan serangan itu berlaku dengan sebab tentera Thai sendiri yang terpecah dua; Utara dan Selatan.

Tapi, sejauhmanakah Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk mewujudkan rondaan tentera di wilayah berkenaan masih diragui. Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Zahid pernah mencadangkan Pakatan Ketenteraan Negara Islam.

Tetapi selepas dilantik, Zahid berdiam diri. Tidak mustahil, Zahid Hamidi akan berbelah-bahagi dan takut-takut mengguna ketenteraan guna mengawal pergolakan di selatan Thai. Rakyat Malaysia yang prihatin perlu melobi agar hal ini tetap didebatkan.

Bantah nama Thai, ganti dengan Siam

Menelaah sejarah tentunya melibatkan fikiran yang mengundang keletihan. Di sana, telahpun ada usaha pengkarya filem yang mengeluarkan Queen of Langkasuka (Thai), Hikayat Merong Mahawangsa (Malaysia, bakal terbit) untuk menggeledah kisah-kisah purba.

Mungkin dengan jalan ini, setidak-tidaknya, perca-perca gambaran sejarah dapat dimuat dalam gambaran rakyat. Tapi, perkembangan mutakhir ini di Thailand agak menarik. Dan ia dimulai dengan gerakan intelektual, bukan melalui kuasa politik dan ketenteraan.

Misalnya, baru-baru ini, ahli sejarah terkemuka, Charnvit Kasetsiri membuat bantahan ke atas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan beberapa jawatankuasa politik untuk menukar nama negara itu daripada Thailand kepada nama asalnya; Siam.

Siam adalah negara asal di mana ia memiliki benderanya sendiri, berwarna merah dengan gambar seekor gajah putih menghiasi bendera tersebut.

Mantan rektor Thammasat University itu berkata piagam perlu diubah dari 'Perlembagaan Negeri Thailand' kepada 'Perlembagaan Negeri bagi Siam' atau 'Perlembagaan Siam". Ini perlu bagi tujuan menggalakkan 'perpaduan ', 'keharmonian' dan 'perdamaian'.

Akademikus itu berkata, bahawa usaha menamakan semula Thai itu adalah langkah awal untuk merawat kemelut politik dan masyarakat di negara itu yang terdiri daripada 60 juta rakyat termasuk lebih daripada 50 kumpulan etnik.

Menurut ahli sejarah itu, Thai sebagai sebuah negara, telah beransur-ansur menjadi 'ultra nasionalisme' dalam beberapa dekad lalu yang mungkin menjadi replika negara sebelum itu. Rusuhan politik di negara itu berlaku kerana rakyat bukan saja dipisah melalui sikap politik yang berbeza, tetapi yang jauh lebih penting, wujudnya peminggiran etnik.

Usaha menamakan semula negara Siam itu boleh menjadi batu loncatan untuk menyusun penyelesaian yang dinantikan rakyat negara itu, kata ahli akademik tersebut.

Dinamakan Siam, sejak Ayutthaya

Semua orang negara ini telah digelar Siam sejak era pemerintahan Ayutthaya era. Maka, dengan sebab campurtangan British dengan Thai, kaum-kaumMelayu diperangkap dalam beberapa perjanjian mereka.

Menurut Charnvit Kasetsiri, sejak Perang Dunia Kedua bermula, faham Hitler Nazisme di Jerman dan fasisme di Itali dan Jepun. Ketika inilah kerajaan tentera pimpinan Field Marshal Phibulsongkhram (Por) dipengaruhi ultra nasionalisme Nazisme dan fasisme. Akhirnya, nama bangsa Thai menenggelamkan nama Siam, nama sebuah negara.

Tambahnya, perubahan nama Thai kepada Siam adalah untuk membawa keharmonian di negara itu yang terdiri daripada 50 kumpulan etnik dengan bahasa masing-masing. Antara mereka selain Thai adalah Yuan, Laos, Lue, Melayu, Mon, Khmer, Teochiu, Cantonese, Hokkien, Hainan, Hakka, Cham, Sakai, Tamil, Pathan, Parsi, Arab, Phuan, Tai Yai, Phu Tai, Yong, Hmong, Karen, Museur dan Farang, dan sebagainya.

Melayu selatan Thai bukan orang Thai

Dalam temubual di Bangkok Post, Charnvit Kasetsiri menjelaskan bahawa secara etniknya, orang Islam selatan Thai bukan orang Thai, sebaliknya keturunan Melayu. Tapi mereka terpaksa menamakan diri mereka sebagai orang Thai atas dasar kewilayahan.

"Tiada salahnya dengan 'Siam', tetapi istilah itu tak menjelaskan siapakah raja di sini. Ia karut. Apa-apa pun, istilah 'Thai' merujuk bangsa, dan bukan negara itu," kata beliau.

Agak menarik ialah ketika Charnvit Kasetsiri memberi penjelasan asal-usul nama Siam yang menjadi sebab, kenapakah nama Siam itu ternyata lebih baik berbanding Thai untuk diabadikan sebagai nama kepada sebuah negara.

"Siam berasal daripada perkataan purba 'Sam', bermaksud tanah suai tani. Dalam Khmer dan Mon ada istilah 'siem', merujuk nama Siem Reap. Dalam bahasa Burma, ada istilah 'shan', kerana ada Negeri Shan, dan di Jepun, ada istilah 'shamuro'," tambahnya.

Selain itu, tambah akademikus itu, permulaan abjad 's' untuk Siam, dianggap lebih baik untuk nama negara itu berbanding permulaan abjad 'th', untuk Thailand, yang kedengaran seperti 'Taiwan' kepada orang-orang Barat.

Kekuatan kejujuran intelektual Thai

Selain usaha kita dalam menolong Melayu di selatan Thai, perlu dilibatkan juga kekuatan intelektual di universiti Thai selain pergerakan politik, ketenteraan dan intelektualis untuk mendorong kemajuan perdamaian di wilayah berkenaan.

Kita tak boleh melihat penyelesaian ini melibatkan politik sahaja. Terbukti, Parlimen kita sendiri telah menolak perbincangan berhubung usul membincangkan kemelut di wilayah tersebut. Rais Yatim tidak dapat berbuat apa-apa dengan alasan, sesama negara Asean tak boleh mencampuri urusan pergolakan dalam negara masing-masing.

Rasa-rasanya, tafsiran dan debat ke atas prinsip tidak campurtangan antara sesama negara Asean ini masih boleh dikaji semula.

Sedangkan wilayah Palestin yang bergolak kerana dibedil tentera Israel boleh kita peduli dengan menubuhkan tabung bantuan dan menggerakkan kempen kesedaran mengenainya kenapa dalam isu ini, seperti tiada kumpulan yang wujud untuk mengatur gerakan melobi dan pergerakan intelektual untuk tujuan merawat masalah yang sama?

5:29 a.m, 20 Jun
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Bantuan pemikiran dan cadangan mewujudkan grup peduli Patani boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Sila layari pautan - http://www.bangkokpost.com/news/local/16824/what-s-in-a-name _

Pakatan sepakat tolak k'jaan perpaduan

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

-http://www.malaysiakini.com/news/106969

Sunday, June 21, 2009

Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS - Nik Aziz

Kini sudah terbukti Umno terlalu mengharapkan polemik kerajaan perpaduan benar-benar menjadi kenyataan.

Media harian yang menjadi alat kepada Umno mengharapkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan idea tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila ada media membuat tafsiran sendiri Mursyidul Am PAS itu sudah berlembut dengan isu kerajaan perpaduan.

Rencana pengarang akhbar terbabit juga menganggap Menteri Besar Kelantan sudah hilang arah kerana menolak cadangan tersebut.

Sedangkan apa yang berlaku semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau terus istiqomah membantah cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri Besar menafikan tuduhan yang menganggapnya sebagai degil kerana menolak cadangan terbabit, sebaliknya beliau tetap istiqomah dalam perjuangan.

"Ini kerana istilah degil dimaksudkan mempertahankan sesuatu yang salah di sisi agama, namun sekiranya mempertahankan sesuatu yang benar dan hak, ia bererti istiqomah.

"Orang istiqomah dipuji Allah dan mana-mana mereka yang mempertahankan yang hak itu akan mendapat sokongan daripada malaikat secara berterusan.

"Apa yang saya lakukan hanya sekadar mempertahankan keputusan yang dibuat pada muktamar PAS di Ipoh tahun lalu iaitu PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di JKR 10 petang semalam.

Menurut beliau sekiranya ada pihak dalam PAS yang ingin mengadakan hubungan dengan Umno dan pada masa yang sama meneruskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, ia adalah sesuatu yang kacau.

Bagaimanapun katanya sekiranya hasrat itu ingin diteruskan juga, ia harus dibawa dalam Muktamar PAS terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri bersama Pakatan Rakyat.

"Ini tidak, rakan-rakan dalam Pakatan pun marah kepada kita, di mana Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan PAS mesti menjelaskan isu tersebut," katanya.

Beliau juga turut mempertikaikan kenapa pemimpin PAS yang beriya-iya hendak menjalinkan hubungan dengan pemimpin Umno tidak mendesak pemimpin Umno menukar dasar pentadbiran negara kepada Islam.

Katanya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak boleh membicarakan soal bangsa semata-mata kerana Rasulullah saw tidak pernah mengutamakan bangsa Arab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, PAS sebenarnya telah berjaya meredakan fobia kaum bukan Islam terhadap agama suci itu.

Ditanya impian Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang mengharapkan kerajaan perpaduan dilaksanakan segera, beliau enggan mengulas lanjut.

"Saya tak mahu cakap apa-apa lagi, saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno, biar dia bercakap dengan orang lainlah, tetapi saya nak jaga parti saya mengikut peraturan.

"Jika silap langkah PAS sama PAS berpecah, PAS dengan Pakatan juga berpecah akhirnya Umno akan berpesta di atas apa yang berlaku itu," ujarnya.

Katanya, PAS selamanya tidak akan mempercayai Umno kerana banyak sejarah yang berlaku tidak memperlihatkan kejujuran pemimpin Umno.

Kata beliau sampai bila-bila pun Umno tidak akan berubah tambahan pula parti itu juga menyingkirkan dengan aib bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya Pak Lah boleh mereka tendang, apa lagi PAS yang berada di luar kelompok mereka. Mana ada parti yang sanggup menendang keluar presiden mereka sendiri kecuali Umno," katanya.

Beliau juga mempertikaikan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PAS melupakan sejarah silam yang pernah dilalui ketika bersama Perikatan.

"Ia tidak mudah untuk dilakukan. Oh suruh lupa... oh senang aja suruh lupa, adakah manusia boleh lupa. Ingat ni barang automatik. Kalau lupa tak ada sejarahlah dan tak perlu buat sejarah. Lupa lupa begitu saja.

"Untuk bermaafan biar pemimpin parti itu itu mengaku terlebih dahulu kesalahan mereka lakukan sebelum ini," katanya.

Katanya, beliau boleh memaafkan sekiranya pemimpin Umno sanggup berbuat demikian. Bagaimanapun beliau yakin Umno tidak akan berbuat demikian. - harakah

Penduduk Manek Urai pamerkan sikap dingin terhadap Umno

Ketika Umno berhempas pulas merayu simpati pengundi, namun rakyat di Manek Urai terus memperlihatkan sikap dingin terhadap parti itu.

Situasi itu dapat dilihat apabila Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa mengerahkan guru-guru yang mengajar di sekitar Dun Manek Urai hadir pada program bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu.

Tidak cukup dengan arahan itu, ibu bapa pelajar juga dikerah hadir sama pada program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Begitu juga dengan anggota keselamatan memenuhi kawasan itu. Tiga helikopter digunakan mengiringi kehadiran Menteri Pelajaran tersebut ke Dun Manek Urai.

Manakala pada sebelah petang ketika bersolat Asar di Masjid Laloh, ramai anggota keselamatan memenuhi kawasan luar masjid.

Penduduk yang hadir solat di masjid tersebut seperti kurang menghiraukan kehadiran timbalan perdana menteri biar pun telah diumumkan imam masjid sebaik sahaja selepas selesai solat.

Sedangkan pada malam hari yang sama, ribuan penduduk memenuhi padang di Kampung Chuchuh Puteri B mengikuti forum perdana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dan anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menarik perhatian penduduk tempatan.

Tuan Ibrahim berharap rakyat di Manek Urai tidak bersekongkol dengan pemerintah yang gemar membuat zalim dan melakukan banyak penyelewengan harta rakyat.

"Jangan kita cuba tolong orang yang derhaka kerana ia tidak membawa kita selamat di dunia dan akhirat," katanya.

Dr Mohd Hatta berkata, amalan pembaziran diteruskan kerajaan BN hari ini apabila rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan tiga helikopter semata-mata hendak datang menemui pengundi di Manek Urai.

Begitu juga dengan markaz taktikal polis yang kini sedang dibina di banyak tempat di Dun Manek Urai termasuk di Laloh dan Manek Urai Baru bagi menempatkan ribuan anggota polis.

Kata beliau kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar dengan kehadiran polis yang cukup luar biasa di Dun Manek Urai sekarang. - mj _
-harakah

Thursday, June 18, 2009

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

nsya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

-Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat
-harakah

Wednesday, June 17, 2009

Manek Urai: Pemuda Umno-BN pengecut!

Dakwaan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan bahawa PAS sanggup 'bertumpah darah' untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai merupakan satu kenyataan pengecut dan gagal mengenal dirinya sendiri.





"Sama ada ianya tuduhan mahupun manipulasi ungkapan, ternyata Pemuda BN pengecut!" demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan yang mendakwa kandungan ceramah pimpinan PAS sanggup 'bertumpah darah' pada PRK tersebut sebagai pendekatan politik samseng.

Katanya, samseng sebenar dalam sejarah politik negara ini hanya ada pada BN dan apabila samseng sudah 'kecut' dengan kebangkitan rakyat, maka mereka mula menuduh orang lain sebagai samseng.

Jelas beliau, hal itu sama sepertimana BN memanipulasikan ungkapan "sembah derhaka" dalam krisis politik di Perak lalu menuduh PAS sebagai penderhaka Raja-raja.

"Mungkin ada penceramah kita menyebut untuk mempertahankan PAS hingga ke titisan darah terakhir. Tetapi itu tidak bermaksud kita nak bertindak ganas. Ungkapan tu merujuk kepada kesungguhan kita para pendokong PAS!

"Janganlah Pemuda BN sekali lagi jadi tak reti (faham) bahasa, cukuplah buat-buat tak faham ungkapan "sembah derhaka" sebelum ni," ujarnya menyindir.

Hakikatnya tegas beliau, Pemuda BN gagal mengenali diri mereka sendiri bahawa merekalah samseng sebenar.

Menurut Rosli, dalam sejarah politik tanah air, BN bukan sahaja samseng, malah penyebab 'bertumpah darah'.

"Pemuda BN kena belajar semula sejarah. Lihat siapa yang menyebabkan syahidnya petugas pilihan raya PAS di Lubuk Merbau, Padang Terap. Sekali-kali juga jangan lupa darah syuhada di Memali, siapa yang tumpahkan?

"Samseng mana yang menyebabkan kecederaan parah kepada petugas PAS pada PRK Ijok dahulu kalau bukan Pemuda BN! Di (PRK Dun) Penanti, tanpa kehadiran Pemuda BN, pilihan raya aman damai," ujarnya.

Beliau memaklumkan, Pemuda PAS Kedah akan menghantar kontinjen pada pilihan raya tersebut yang terdiri daripada 500 petugas. - harakah

Sunday, June 14, 2009

Projek 'mee segera', Umno mula menarah Manek Urai

'Jentera BN akan gempur Manek Urai', 'Puteri akan bantu BN tawan Dun Manek Urai'.





Ungkapan seperti ini sering kali kedengaran setiap kali menjelang pilihan raya. Malah istilah Umno yakin tawan Kelantan diucap beberapa perdana menteri.

Bermula Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian diikuti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang pula Dato' Seri Najib Razak.

Istilah 'tawan' tidak pernah serik diucap pemimpin Umno, biar pun sehingga kini belum menjelma menjadi realiti di Kelantan. Dan menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai depan, istilah itu pastinya akan diulang tayang kembali. RTM dan TV3 sedia memberi khidmat demi negara.

Tengoklah nanti. Ini kerana dalam diari perjuangan Umno tidak ada resepi lain lagi bagi memujuk penyokong supaya bekerja. Sedangkan semua orang tahu istilah bekerja dalam teori Umno mesti berlapik upah. Tanpa upah poster tidak akan melekat di batang pokok.

Lebih menarik lagi poster yang telah dipasang diragut kembali, kalau upah tidak memenuhi poket. Sebaliknya agenda upah belum membudayakan dalam PAS. Ini kerana konsep pahala dan dosa sudah lama menyerap ke dalam jiwa raga ahli dan penyokong perjuangan Islam.

Maka tidak hairanlah pesta memasang bendera di Manek Urai menjadi tidak seimbang sekarang. Petugas Umno di sebuah kampung agak malu ketika dirakam gambarnya sedang memasang poster dacing. Sebaliknya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sudah lama berpeluh ketika melekat lambang parti di batang pokok.

Tidak kurang juga yang sanggup memanjat pokok kelapa untuk menjulang lambang bulan purnama. Upah soal kedua, apa yang dinekadkan PAS perlu di hadapan. Maka tidak hairanlah biar pun tanpa kemudahan asas seperti di tempat lain, penduduk di Kampung Chatel, Lata Rek tidak mudah lebur dengan janji orang politik.

Ratusan penduduk di beberapa kampung termasuk Bukit Budu, Jelekeh, Chatel Damai dan Chatel Luar masih menggunakan air bukit bagi keperluan harian mereka. Air yang ditandak dari puncak bukit mengalir terus ke dalam besen dan kolah rumah mereka. Kemudahan tersebut biar pun terdedah dengan kotoran dan pelbagai pencemaran lain, namun penduduk sudah bersyukur. Sekadar mengeluarkan wang saku RM1 sebulan mereka boleh menggunakan air sebanyak mungkin.

Seorang penduduk, Mohd Zain Latiff, 55 berkata, bayaran tersebut digunakan bagi membaiki kerosakan apabila berlaku paip pecah atau aliran air tersumbat di atas bukit.

"Bayaran yang dipungut setiap bulan akan digunakan untuk membayar upah penduduk yang ditugaskan membaiki kerosakan tersebut. Biar pun sumber air belum terjamin bersih, namun kemudahan tersebut seperti juga terdapat di tempat-tempat lain. Kelebihan di sini tidak perlulah membayar bil air.

"Tidak pula berdepan dengan risiko paip air dipotong kerana tidak menjelaskan tunggakan bil," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mereka juga bernasib baik kerana tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi membeli paip. Ini kerana kemudahan tersebut disediakan Pejabat Kesihatan Daerah di bawah peruntukan luar bandar.

Haji Shafei Zakaria, 64, turut berbangga dengan kemudahan prasarana yang ada sekarang. Menurutnya penduduk tidak menuntut projek mega seperti di negeri lain.

"Kalau sekadar ada jalan yang tidak berselut ketika hujan, tidak berdebu di musim kemarau, ada elektrik dan paip air, kami penduduk yang tinggal di pedalaman sudah banyak berterima kasih," katanya.

Che Hussin Mustapa, 50 yang tinggal di Jelekeh Luar berkata, muafakat di kalangan penduduk masih utuh di Lata Rek. Katanya, penduduk tidak mudah terpengaruh dengan janji pembangunan.

"Sekarang musim orang politik datang membawa pelbagai janji pembangunan. Setiap hari ada orang datang membawa angan-angan baru kepada penduduk di sini," katanya.

Kalau ada projek pun sekadar melepas batuk di tangga. Lihatlah jalan di sebuah lorong di Manek Urai Lama masih elok ditarkan kembali. Ini kerana di situ terdapat rumah seorang pemimpin cawangan Umno.

Biar apa pun penduduk di Chatel, Lata Rek sudah mampu berbangga apabila kerajaan negeri membina jalan, jambatan dan menyalur peruntukan membaiki madrasah dan masjid bagi kemudahan mereka.

Sekiranya pegangan seperti penduduk di Kampung Chatel, Lata Rek menjangkiti pengundi di Kampung Manek Urai Lama dan Manjor, Umno berdepan dengan lorong gelap pada 14 Julai depan. Biar apa pun tanpa kerja keras, kemenangan yang ada mudah terlodeh.

Ini kerana ramai yang berselera merantah mee maggie biar pun perut hanya kenyang sekejap. - mks.

http://www.harakahdaily.net

Thursday, June 11, 2009

Shukery Hashim meninggal dunia

Derita barah pankreas dikesan tiga bulan lalu

AMPANG: Pelakon terkenal, Mohamad Shukery Hashim atau Shukery Hashim menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, jam 1.45 petang semalam akibat barah pankreas tahap empat yang dideritainya sejak tiga bulan lalu.

Shukery, 55, dimasukkan ke hospital, Jumaat lalu bagi mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit di bahagian perut.

Isterinya, Faridah Mat Desa, 51, berkata sebelum ini arwah pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian pankreas 22 April lalu di Hospital Selayang dan sejak itu kesihatannya mula merosot.

"Sepatutnya arwah menjalani rawatan kemoterapi tetapi dia sering menangguhkannya atas pelbagai alasan. Jadi, apabila dia mengadu sakit, kami pun menghantarnya ke PPUKM.

"Sepanjang berada di sana, dia sering mengadu tidak dapat tidur kerana terlalu sakit. Malah ada ketika dia terasa kakinya seperti kudung kerana terlalu kebas dan meminta saya merendamkannya di dalam air," kata Faridah ketika ditemui di kediamannya di Taman Fairuza, di sini.

Mengulas lanjut keadaan suaminya, Faridah berkata walaupun Allahyarham menderita, dia tidak pernah menunjukkan kesakitannya itu kepada anggota keluarganya yang lain.

"Ketika di hospital, arwah rancak berbual dan bergurau seperti waktu dia masih sihat dulu. Cuma dalam kami bersembang itu sempat juga dia berpesan menjaga anak kami dengan baik, terutama anak bongsu kami, Amirul.

"Dia mahu saya memberi tumpuan kepadanya kerana dialah satu-satunya yang masih di bangku sekolah. Jadi dia tidak mahu anak bongsunya itu terjebak dalam gejala kurang sihat." katanya.

Jenazah Allahyarham dikafan dan disembahyangkan di rumahnya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan lima anak, iaitu Norshikin, 28; Norizety, 26; Mohd Firdza, 25; Mohd Aidil, 22; dan Mohd Amirul, 14 serta tiga cucu yang berusia antara dua bulan hingga tiga tahun.

Pelakon serba boleh ini memulakan kariernya dengan drama radio pada 1975 diikuti dengan drama TV pada 1984. Sehingga kini lebih ratusan drama dibintanginya, termasuk yang sedang ditayangkan Cinta Gila di Astro Prima, dengan Allahyarham memegang watak Mahmood seorang penyanyi lama yang ingin kembali aktif dalam dunia hiburan tanah air.

Allahyarham pernah membintangi tujuh filem dan kemunculan sulungnya adalah melalui filem Rahsia arahan Othman Hafsham pada 1987, diikuti Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terakhir Shh... Dia Datang arahan Saiful Apek yang belum ditayangkan.

-bh

Saturday, June 6, 2009

ESA Oleh Renggo Di Muktamar PAS Kali 55

Apo Nak Dikato - Ito di Muktamar PAS Kali 55

Contohi kepimpinan Mursyidul Am

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nazir Zakaria menyeru seluruh kepimpinan dan ahli PAS agar mencontohi kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ikhlas.

Berucap bagi menyokong Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar PAS ke-55 dekat sini, Ustaz Nazir mengingatkan seluruh ahli PAS agar tidak tenggelam di sebalik nikmat kemenangan hari ini.

Katanya, inilah masa untuk bekerja berdasarkan janji yang telah diberikan kepada rakyat dan melaksanakan amanah dengan penuh keadilan dengan merealisasikan konsep Kepimpinan Ulama di negeri yang diperintah.

Beliau juga menggesa ahli PAS khususnya dari kalangan Adun, Ahli Parlimen dan pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan agar mencontohi keikhlasan Mursyidul Am PAS.

"Kita mahu pemimpin yang ikhlas bukannya menjadi pemimpin 'E-Class'," ujarnya lagi.

Katanya, terdapat golongan yang berubah setelah menerima kemenangan dan mendapat jawatan dalam kerajaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa jawatan seharusnya menjadikan seseorang itu lebih bertakwa.

Sebagai gerakan Islam, PAS juga perlulah memainkan peranan penting dalam membela umat Islam seluruh dunia dengan pemerkasaan jaringan bersama gerakan Islam antarabangsa, katanya.

"Gerakan Islam antarabangsa perlu mengambilalih peranan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat gagal membela umat Islam dari keganasan antarabangsa.

"Penyertaan PAS di peringkat antarabangsa perlu diberi sokongan padu kerana PAS mampu dilihat sebagai model ke tengah masyarakat sebagaimana kerajaan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz," ujarnya.

Beliau juga melahirkan harapan agar 'engagement' PAS diperluaskan dengan mengorak langkah menganjurkan lebih banyak program di peringkat antarabangsa.

Tegasnya, usaha itu sesuai dengan sifat alamiah gerakan Islam dan pendekatan yang telah ditunjukkan Baginda Rasulullah s.a.w.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menempelak pendekatan "Satu Malaysia" oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak.

"Kalau dulu dia ambil setakat kapal selam dan jet, sekarang ini 'Satu Malaysia' dia hendak beri kepada 'RM'," sindirnya yang merujuk 'RM' sebagai Rosmah Mansor.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau turut menggesa agar pembahagian kerusi untuk pilihan raya di Wilayah Persekutuan diperhalusi semula pimpinan PAS. - wann/mks. _

-harakah

Wednesday, June 3, 2009

Ibrahim Ali yang 'buta' dan 'tuli'?

Semakin melalut nampaknya Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali (dalam bahasa Kelantan, ia disebut 'borak' dengan sabdu pada 'b'). Sikap sebenar beliau terhadap PAS, parti yang memberi laluan selesa kepadanya memenangi kerusi berkenaan dalam pilihan raya lalu, semakin dizahirkannya.

Kalau sebelum ini segala luahannya diterima sekadar teguran dan kritikan ikhlas terhadap kepimpinan parti dan kerajaan negeri Kelantan, kini nadanya sudah berubah menjadi kutukan dan penghinaan.

Beliau memang terkenal seorang pemimpin yang lantang menyuarakan sikap dan pendapatnya. Kelantangannya mutakhir ini bagaimana pun sudah terbabas jauh melangkaui batasan toleransi, terutama oleh para penyokong PAS. Butir cakapnya kini malah lebih layak disebut keceluparan.

Kritikan yang lebih berupa kutukan terhadap PAS, terutamanya kepimpinan kerajaan Kelantan sudah di luar kewajaran sebagai seorang yang mahu membina parti dan kerajaan. Beliau malah lebih sesuai dilabelkan sebagai alat propaganda dan senjata Barisan Nasional (BN).

Apa lagi yang belum dibuatnya bagi membuktikan sikapnya yang sangat bertentangan dengan PAS? Di dalam persidangan Parlimen, beliau bukan sekadar memilih untuk bertegang leher dengan wakil PAS, malah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista terhadap mereka.

Di dalam banyak kenyataannya sebelum ini pun, Ibrahim sudah acapkali melabelkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan berbagai nama. Terbaru ialah label hipokrit yang diucapkannya terhadap parti-parti yang membantunya sebelum ini dalam kes pergolakan politik di Perak.

Kenyataannya penuh sinis memperlekeh kepimpinan PAS di Kelantan sudah semakin lumrah. Sudah banyak pihak yang hangat hati terhadap perbuatannya. PAS Kelantan, khususnya di kawasan Pasir Mas, memberikan reaksi munasabah menuntut Ibrahim lebih rasional dalam ucapan dan tindakannya.

Malah ada pihak yang mendesak beliau mengundurkan diri dan memulangkan hak menentukan nasib politiknya kepada rakyat. Dalam erti kata lain, Ibrahim secara bermaruah dituntut melepaskan jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas dan dicabar bertanding atas tiket Bebas atau parti lain bagi membuktikan pengaruhnya benar-benar kuat di kawasan berkenaan.

Namum, bagai diduga setiap pihak yang mengenali beliau, segala teguran, kritikan dan desakan itu tidak pernah dihiraukannya. Ibrahim ibarat seorang pekak dan tuli yang tidak langsung mendengar bantahan dan kemarahan rakyat yang mengundinya dalam pilihan raya lalu.

Beliau terus mengutuk PAS dan memperlekeh kerajaan Kelantan. Skrip sama diulang suara Isnin (1 Jun). Kerajaan Kelantan didakwanya gagal menyediakan pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, meski pun telah memerintah hampir 20 tahun.

Katanya, dalam tempoh itu, kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sedangan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan lebih besar.

"Ia bukan satu pencapaian sebaliknya satu kegagalan... seolah-olah ada satu sikap eskapisme dengan sepanjang masa berpolitik, berceramah siang dan malam dengan selalu menyalahkan Kerajaan Pusat bagi menutup apa yang tidak upaya dilakukan," katanya.

Ibrahim menyenaraikan beberapa pemerhatiannya mengenai kegagalan itu. Antaranya disebutkan kerajaan Kelantan jarang mengadakan seminar mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri itu. Dikatakan juga, kerajaan negeri tidak ada inisiatif menarik pelaburan dari luar negara.

Kerajaan Kelantan turut didakwa gagal mengeksploitasi sepenuhnya kepelbagaian bentuk muka bumi negeri sebagai destinasi pelancongan.

Beliau turut membayangkan seolah-olah kepimpinan ulama (Tok Guru sebagai Menteri Besar) terhad kepada soal keagamaan sahaja menyebabkan kehidupan rakyat semakin melarat tanpa kemajuan.

Katanya lagi, tidak ada peluang pekerjaan di Kelantan selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata. Hal itu menyebabkan sebanyak 60,000 penduduk negeri itu terpaksa berhijrah mencari pekerjaan.

"Ini teguran, kita bukan bercakap buta tuli dan tanpa akal," simpul Ibrahim.

Meneliti hujah dan fakta diberikan Ibrahim itu, sukar dinafikan bahawa itulah juga hujah dan fakta yang sering termuat dalam propaganda BN memburukkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Kelantan sudah sekian lama diratib sebagai sinonim dengan kemunduran, kelembapan ekonomi, ketiada peluang pekerjaan, penghijrahan penduduknya, kegagalan itu dan ini.

Namun, di sebalik segala serangan dan usaha pemburukan itu, masyarakat umum dapat melihat kemakmuran negeri, kemajuan ekonomi, pembangunan pesat di sana-sini, berserta keselesaan rakyatnya meneruskan penghidupan.

Dalam hal ini, penulis teringat ucapan sangat bernas oleh Almarhum Ustaz Bunyamin Yaacob. Tidak syak lagi bekas Ahli Parlimen Bachok dan Pegawai Penerangan PAS Kelantan itu adalah pemidato dan pengulas politik yang sangat pintar dalam hujahnya. Pemergiannya sukar digalang ganti dalam kelasnya yang tersendiri.

Almarhum Ustaz Bunyamin dalam penghujahannya mematahkan serangan dan kutukan BN terhadap kerajaan Kelantan sering mengajak hadirin melihat dan menilai sendiri sejauh manakah kebenaran hujah dan fakta dikemukakan BN itu.

Setelah disyarahnya dengan panjang lebar dan disenaraikannya satu persatu kepalsuan hujah musuh itu, Almarhum akan menyimpulkan, "sekiranya masih ada orang yang kata Kelantan tidak membangun, tidak maju, orang Kelantan sesak (miskin), hidup susah,orang itu sama ada buta (tak dapat melihat) atau tuli (tidak dapat mendengar kebaikan dan kemajuan di bawah kerajaan PAS)".

Kini, antara orang yang giat mengulangi hujah dan fakta basi dilaungkan BN sejak hampir dua dekad lalu itu ialah Ibrahim Ali. Apakah beliau juga termasuk dalam kategori manusia 'buta' dan 'tuli' sebagaimana disebutkan Almarhum Ustaz Bunyamin itu? - mns_
-harakah

Tuesday, May 26, 2009

Biar Wanita Umno lawan PAS

Tiba masanya Umno meletakkan calon wanita pada pilihanraya kecil Manek Urai nanti walaupun tidak pernah berbuat demikian sebelumnya, kata ketua Wanita bahagian Kuala Krai.

Rohani Abdul Majid, yang menawarkan diri untuk bertanding atas tiket BN bagi mencabar PAS di kubu kuat parti Islam itu, berkata:

"Jika sukar untuk memilih calon, mungkin dengan pemilihan saya boleh menyelesaikan masalah tersebut.

bm version kerusi dun manek urai 220509"Dalam sejarah Manek Urai sendiri, Umno tidak pernah memberi peluang kepada wanita menjadi calon."

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa Wanita Umno Kelantan itu berkata pemilihannya sebagai seorang anak tempatan lebih disenangi pengundi di kawasan tersebut.

Tambahnya, setelah berpuluh-puluh tahun menyertai Umno, beliau mendapat dukungan daripada ramai ahli keluarganya, ahli dan penyokong parti itu.

Beberapa pemimpin Umno bahagian dikatakan berminat bertanding pada pilihanraya kecil tersebut - tarikhnya dijangka diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khamis ini.

Selain Rohani, ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat disebut-sebut menawarkan diri.

Dihubungi hari ini, Che Jalal bersedia menjadi calon BN tetapi menyerahkan perkara tersebut terletak kepada parti.

"Tunggulah pengumuman parti, tetapi kalau parti memilih saya, saya sedia memikul amanah itu," katanya.

Tuan Aziz pula berkata, beliau tidak berminat kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih berpengalaman.

bn umno posters in kota bharu 240208 01"Tetapi saya berjanji akan bekerja kuat untuk kemenangan calon BN," katanya.

Sementara bekas calon BN yang berjaya memenangi kerusi tersebut Zulkifli Omar ingin bertanding jika Umno memilihnya sekali lagi.

"Saya serah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan perkara tersebut.

"Jika tidak dipilih, saya tetap bekerja kuat untuk parti dan menyokong calon pilihan parti," katanya.

Zulkifli mengalahkan calon PAS Mohd Zamzuri Mat Lazim dengan majoriti 53 undi dalam pilihanraya umum 2004.
-http://www.malaysiakini.com/news/105135

Monday, May 25, 2009

NAK BERLAPAR PUN TAK BOLEH KAT MALAYSIA

Nak puasa dan tak makan 3 hari pun tak boleh di Malaysia ini? Sebab itu khemah yang dipasang di hadapan Wisma DAP di Ipoh untuk digunakan oleh para 'pempuasa' di arahkan dibuka oleh Polis oleh sebentar tadi.
Kerjaan 1Malaysia agaknya sangat prihatin kepada rakyat. Mereka tidak mahu rakyat lapar walaupun 1 minit.
Di maklumkan bahawa pihak polis memaklumkan sebentar tadi, mengarahkan supaya dibuka khemah yang telah siap dipasang di hadapan Wisma DAP yang digunakan untuk para pempuasa berteduh.
Pada masa ini masih berlaku perbincangan dengan pihak keselamatan mengenai cuma satu Mungkin Polis tidak mahu demontrasi puasa dan mogok lapar ini dilihat oleh rakyat. Sebab itu khemah diarah supaya dibuka.
Program puasa ini dianjurkan oleh PR Perak sebagai usaha untuk memohon Allah membukakan hati-hati pihak berwajib agar membubarkan DUN Perak.
Pada masa yang sama mogok lapar dianjurkan oleh PR bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan BN yang tidak mencabul demokrasi di negeri Perak.
Nampaknya rakyat sudah bebas lagi di 1Malaysia ini.
Dilaporkan semua pimpinan tertinggi PR Perak termasuk Datuk Seri Nizar berkampung di Wisma DAP sekarang.


-http://mutaligat.blogspot.com/

Sunday, March 15, 2009

Pelajar cemerlang SPM 2008 dapat rumah bernilai RM130,000

PENGKALAN CHEPA, 15 Mac (Hrkh) - Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri.

Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.

Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Hari ini anak nelayan dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, petang Khamis lalu telah dikunjungi anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.Image

Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot dan rumah kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkannya tinggal dalam keadaan lebih selesa.

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 juga dari Maahad Muhammadi Perempuan turut memperolehi keputusan cemerlang 17A.

Apa yang menggembirakan lot dan rumah bernilai RM130,000 sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga cemerlang itu akan dibina Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Taman Perumahan Kurnia Jaya.

Menteri Besar ditemani Setiausaha Sulit Khasnya, Mohd Rusdi Abdullah mengunjungi rumah pelajar terbabit di Kampung Parang Punting, dekat Sabak.

Pada kunjungan tersebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada keluarga terbabit.

Bercakap kepada pemberita selepas itu Menteri Besar mengalu-alukan pihak luar yang berhajat untuk membantu keluarga terbabit khususnya Nik Nur Madihah.

Image "Tak kiralah siapapun berhajat untuk memberi bantuan, bantulah," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan pelajar cemerlang berkenaan melanjut pengajian ke Timur Tengah bagi membolehkan menguasai bahasa Arab dengan mudah dan cepat.

Sementara itu, ibu Nik Nur Madihah, Noraini Omar, 42 mengucap terima kasih kepada kerajaan negeri yang bersedia menawarkan lot dan rumah baru kepada mereka.

Katanya, walaupun anak sulung itu pernah berazam untuk membeli rumah bagi keperluan keluarga apabila bekerja nanti, namun Allah telah mengurniakannya lebih awal hasil kecemerlangannya.

"Terima kasih banyak-banyak, saya tak tahu apa nak diucapkan lagi, ini pun dah banyak sumbangan yang diberikan," ujarnya. - harakahdaily

Thursday, March 12, 2009

Dataran MPKB jadi jalan raya semula

Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB BRI) yang diwujudkan sejak 1996 di tengah-tengah pusat bandar, tidak lama lagi akan dikembalikan fungsinya sebagai jalan raya.

Ketika itu Jalan Tok Hakim yang terletak berhampiran stesen bas SKMK dijadikan sebagai dataran, lengkap dengan kemudahan wakaf dan kios. Lokasi itu pernah menjadi tempat khemah tarawih pada bulan Ramadan.

Namun sekarang disebabkan kesesakan lalu lintas yang semakin sendat jalan akan diwujudkan kembali di lokasi tersebut, lebih-lebih lagi di kawasan itu sedang dibangunkan Kota Bharu Trade Centre (KBTC).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, pembukaan semula laluan tersebut bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang semakin ketara sekarang.

"Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya pada musim cuti sekolah, Dataran MPKB akan diroboh dan dijadikan jalan raya sebagaimana fungsi asal.

"Di samping itu juga pertambahan aliran lalu lintas yang semakin mendesak sejak beberapa tahun kebelakangan ini mendorong kerajaan negeri membuka semula laluan dua hala di situ," katanya selepas mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Menurutnya bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM200,000 bagi meroboh dataran dan dibina semula jalan.

Menurutnya MPKB-BRI telah mengeluarkan tender untuk membina semula laluan terbabit.

Kata beliau keputusan itu dibuat bersesuaian dengan proses pembangunan yang semakin ketara khususnya di kawasan pusat Bandar Kota Bharu dan wujudnya KBTC.

Katanya dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi, jalan berkenaan dijangka dapat digunakan sepenuhnya.

Mengenai pembinaan KBTC, beliau berkata, tempoh siap sepenuhnya pembinaan bangunan itu menjelang 2013, di mana sekarang mencapai kemajuan sekitar 50 peratus.

Wednesday, February 25, 2009

Kuliah Subuh Ustaz Budak (Shamsul Zaman) di Klang Gates Baru, Hulu Kelang Pada 8 Mac 2009

Salam belaka,

Dijemput ke Kuliah Solat Subuh Ustaz Budak;

Tempat: Masjid Kg. Klang Gate Baru, Hulu Kelang.
Hari: Ahad
Tarikh: 8 Mac 2009
Masa: Selepas Solat Subuh.

Penyampai kuliah:

Ustaz Shamsul Zaman (Ustaz Budak)


P/S: Masjid ini berdekatan dengan KKlub, iaitu tempat AGM perakan yang akan diadakan 8 Mac ini.

1. Peta Masjid Kg. Klang Gate Baru

2. Peta KKlub tempat yang akan berlangsung AGM perakan

Antara Video Kuliah Ustaz Budak:-

Thursday, February 5, 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman MB

IPOH, 5 Feb (Hrkh): 4.30 petang - Seluruh pimpinan PAS Pusat dan Pakatan Rakyat, termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti, petang ini berkumpul di kediaman Menteri Besar Perak.

Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang yang baru pulang dari Gaza dikatakan akan terus bergegas ke Perak.

Mereka akan berbincang bagi mementukan tindakan seterusnya bagi menyelamatkan demokrasi dan mempertahankan hak rakyat.

Turut hadir MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sementara itu solat hajat dan munajat perdana yang sepatutnya diadakan di kediaman MB akan dipindahkan ke Stadium Perak atas nasihat pihak keselamatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan provokasi, kekacuan dan bertindak di luar batasan undang-undang.

Rakyat Perak diminta bertenang, berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T. supaya Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dipertahankan.

Solat Hajat dan Munajat Perdana akan dipimpin oleh Dato' Tuan Guru Presiden PAS.

Semua pimpinan tertinggi dan MB akan memberi ucapan selepas Solat Hajat.

Dalam perkembanmgan lain, sehingga kini pembubaran Dun belum berlaku lagi,

Tuanku Sultan masih belum memberi perkenan Dun dibubarkan. Malahan Tuanku meminta Menteri Besar letak jawatan. Namun begitu Mohamad Nizar bertegas tidak akan meletak jawatan.

Kerajaan BN masih belum boleh dibentuk di Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang.

Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terdapat tiga cara untuk menukar menukar kerajaan. Pertama, melalui pembubaran Dun. Menteri Besar Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.

Kedua Menteri Besar Perak dan semua Exco meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.

Ketiga melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan.

Justeru, selagi Sidang Dun belum bersidang dan Usul Undi Tidak Percaya dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.

--harakah

Wednesday, February 4, 2009

MB Perak Perak Yakin Keputusan Sultan Adil

IPOH, 4 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mohammad Nizar, yang ditemui di Ibu Pejabat PAS Perak untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu di sini malam ini, berkata pada majlis mengadap beliau dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang tadi, Sultan Azlan Shah belum menitahkan keputusan baginda kepadanya.

"Tuanku bertitah baginda memerlukan masa untuk membuat kajian sedikit (atas cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)).

"Mungkin Tuanku akan merujuk kepada pakar-pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan. Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku," katanya bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta petang tadi.

Mohammad Nizar berkata majlis mengadap Sultan Perak berjalan dengan cukup baik seperti biasa, dan telah mempersembahkan kepada baginda keadaan politik negeri Perak yang tidak menentu dan memohon perkenan baginda untuk membubar DUN dengan serta merta.

Memandangkan Sultan Perak belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut, "Saya masih berterusan mentadbir bersama-sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat, dan akan menjalankan tugas seperti biasa."

Beliau berkata pada pandangan Pakatan Rakyat, bagi menyelesaikan masalah ketidak tentuan politik di negeri ini berikutan wujudnya ADUN yang melompat parti maka adalah baik diadakan pilihan raya semula dan keputusannya akan menjadi lebih bersih.

Jika Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN, kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh memerintah sebagai kerajaan sementara dan kerajaan ini masih sah sebagai kerajaan minoriti seperti yang berlaku di Kanada dan India, katanya.

Menyentuh mengenai tindakan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang meninggalkan parti DAP untuk menjadi wakil bebas dan menggugat jawatannya sebagai Timbalan Speaker DUN, Mohammad Nizar berkata "kita perlu tunggu keputusan sama ada kerajaan negeri dibubarkan atau tidak".

"Buat masa ini, kita kena kaji semula Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak mengenai perkara itu," katanya.

Menyentuh mengenai pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini yang mengatakan Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai kerusi majoriti di DUN, Mohammad Nizar tidak mahu mempercayainya, dan sekiranya benar ia adalah satu konspirasi politik yang besar.

Katanya empat ADUN Pakatan Rakyat itu belum menyerahkan kenyataan rasmi mengenai keputusan mereka untuk menjadi wakil bebas.

Mengenai ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno, Menteri Besar Perak itu mendakwa Nasaruddin mungkin dipaksa keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru disertai pada 25 Jan lalu atau "sebagainya".

Najib di Putrajaya hari ini berkata BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat ADUN daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Empat wakil rakyat itu adalah ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan Nasaruddin.

Najib berkata ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar daripada parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi, dan menurut Najib, walaupun BN mempunyai bilangan kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.

-- BERNAMA

MUNAJAT 100,000 RAKYAT DI IPOH

Assalamualaikum, Salam Buat Pejuang Kebenaran !

PROGRAM MUNAJAT & PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT SELAMATKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK

Tarikh : 5 hb Februari 2008 ( Khamis )
Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak
Tetamu : Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Azizan Abdul Razak ( MB Kedah ), Sdr. Lim Guan Eng ( KM Pulau Pinang ), Tan Sri Khalid Ibrahim ( MB Selangor ) & Tuan Guru Nik Abdul Aziz ( MB Kelantan )

Selamat Datang Ke Ipoh, Semoga Allah SWT Merahmati Kita, Amin !

ALASAN SPR TAK MUNASABAH

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak perletakan jawatan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering dengan menyifatkan surat perletakan jawatan mereka masing-masing hanya diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak

SPR hanya menerima salinan surat atau penduanya sahaja, maka surat perletakan jawatan itu tidak terpakai atau sah.Pada kebiasaannya SPR akan menunggu pakai surat atau pemakluman speaker dewan undangan negeri mengenai perletakan jawatan seseorang Adun.

Sebenarnya teramat nyata lucu untuk SPR berkata demikian. Alasan yang tidak munasabah. Namun oleh kerana itu setakat ini Jamaludin Mohd Radzi dan Kapt (B) Osman Jailu kekal masing-masing sebagai Adun Behrang dan Adun Changkat Jering.

Sesungguhnya menghairankan jika itulah alas an SPR untuk mempertahankan dua adun itu. Secara akliah dan legislatifnya, seseorang Adun akan menghantar surat perletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, yang merupakan secara legislatifnya adalah seorang ketua.

Berbelit nampaknya alas an kali ini. Sepatutnya selepas seseorang Adun menghantar surat pada speaker , maka baharulah speaker memanjangkan surat perletakan jawatan berkenaan. Umpamanya seseorang jika berlaku kematian pada seseorang Adun, maka menjadi kewajipan speaker negeri berkenaan memaklumkan kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya. Tidak pernah kedengaran setakat bini SPR membuat pilihan raya kecil tanpa surat pemakluman speaker negeri berkenaan. Pelik.

-http://perakdaily.com/?p=604

Sunday, February 1, 2009

Dua Adun KeADILan letak jawatan, pilihan raya kecil dalam masa 60 hari

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Hrkh)- Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari KeADILan yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini dan pilihan raya kecil dijangka berlaku dalam masa 60 hari.

Kedua-dua Adun berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi kepada mstar online dan kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.

"Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.

"Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang menyertai KeADILan minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun KeADILan berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya.

"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.

-Harakahdaily

Saturday, January 31, 2009

KERAJAAN PERAK BERTUKAR TANGAN HARI INI?

Berita yang sedang panas sekarang ini di Perak. Masing-masing sedang mengikuti perkembangan terkini di Perak berikutan ada usaha BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Bagi saya semua penyokong PR tidak perlu bimbang. Menukar kerajaan tidak semudah seperti yang disangkakan bukan seperti nak tukar pakaian. Nak tukar kereta baru pun ada proses dan prosedurnya bukannya mudah-mudah macam tu je dapat kunci, start enjin terus jalan.

Bagi saya PR hari ini cukup kuat dan mantap sama ada di peringkat negeri dan nasional. Sokongan rakyat juga cukup padu di semua peringkat lapisan masyarakat dan bangsa. BN melakukan kesilapan besar jika cuba menggunakan teknik 'silap mata' atau taktik kotor untuk menggugat kerajaan PR Perak. Jika itu dilakukan BN dan Umno sebenarnya mempercepatkan lagi proses kejatuhannya di peringkat nasional.

DYM Sultan Perak dan Raja Muda adalah raja yang terdidik dan tegas serta akan melaksanakan keadilan mengikut lunas undang-undang dan pelembagaan dalam memastikan kerajaan yang mendapat mandat rakyat dipertahankan. Saya cukup yakin kerajaan PR di peringkat nasional dan negeri mempunyai opsyen yang tidak terduga oleh pemimpin Umno dan BN jika mereka terus bermimpi untuk menumbangkan kerajaan PR di Perak dan negeri-negeri lain.

Kepada semua teruskan doa dan sokongan Insyallah kerajaan yang ada akan dapat dipertahankan.

--sumber;http://angkasanuri.blogspot.com/

Friday, January 30, 2009

Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000, tinjau penderitaan Gaza

RAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin.

Di hospital itu katanya Tuan Guru Presiden PAS telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan Zionis Isreal.

"Selain itu, Presiden dan rombongan dalam rangka lawatan menemui para pemimpin Ikhwan di Mesir, kemudian Damsyik, Beirut dan Amman seterusnya berjumpa dengan pemimpin Hamas sendiri.

"Objektif utama selain menyalurkan pelbagai jenis bantuan, Presiden dan pimpinan PAS mahu berbincang dan merangka bersama-sama pemimpin tersebut mekanisme dan tindakan terbaik bagi mengatasi kesengsaraan yang dihadapi penduduk Palestin khususnya Gaza disamping menilai sendiri kemusnahan yang dialami untuk tujuan bantuan seterusnya ," katanya.

Keesokannya (31 Januari, hari ini), rombongan pimpinan PAS itu akan berlepas ke Damsyik untuk menemui pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meshaal bagi meneliti langkah-langkah selanjutnya untuk rakyat Palestin khususnya melibatkan pembangunan semula Gaza dari segi modal insan, pendidikan dan ekonomi.

"Kami seterusnya akan melalui jalan darat ke Beirut menemui pemimpin gerakan Islam termasuk Hamas dan Fathi Yakan untuk berbincang masalahummah dan tindakan terdekat. Destinasi terakhir ialah Jordan untuk menemui pimpinan Ikhwan Muslimin dan untuk dapat taklimat tentang Tebing Barat.

"Jumlah sumbangan PAS sebanyak RM250,000 yang diterima daripada pelbagai pihak dan masyarakat prihatin di Malaysia telah berjaya kita sampaikan," katanya. Image

Selain beliau dan Presiden, ahli parlimen yang turut serta dalam rombongan ialah Salahuddin Ayub (Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS), Dr. Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Dr. Lo' Lo' Ghazali (Tititwangsa), Dr. Mujahid Rawa (Parit Buntar),Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Hayati Othman (Pendang), Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan beberapa akitivis yang lain.

"Terima kasih atas doa, sumbangan dan keprihatin orang ramai kepada rakyat Palestin dan semoga semangat perjuangan sentiasa disemarakkan dan doakan kami selamat kembali," kata Dr Hatta dalam sms ketujuh kepada Azamin lewat jam 10.00 malam semalam. - azm

(Bagi yang bersimpati sudikanlah menghulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298). _

Tuesday, January 27, 2009

Sokongan kepada Palestin selari tuntutan Al Quran

Muhammad Arif Ismai

BANGI, 27 Jan (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata sokongan yang diberikan rakyat Malaysia kepada pejuangan rakyat Palestin merupakan sesuai dengan tuntuntan al-Quran dan hadith.

"Walaupun kita hanya memberi sokongan melalui derma dan sokongan moral melalui demostrasi, tetapi sokongan ini ertinya sangat besar kepada perjuangan mereka di kala 1500 orang penduduk telah dibunuh dengan kejam zionis." katanya.

Katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah satu kaum yang terbaik serta layak untuk menghapuskan sesiapa sahaja jika tindakan mereka dihalang.

"Perjuangan Rakyat Hamas perlu disokongan kerana hak mereka telah dinafikan sehingga tanah air mereka telah dirampas dengan kejam.

Perjuangan ini adalah sesuai dengan saranan Quran dalam surah Al-Hujurat, yang menyebut bahawa semua manusia adalah sama melainkan yang bertaqwa kepada Allah" tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'Save Gaza' Peringkat Bandar Baru Bangi yang diadakan di Kompleks Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Majlis yang dihadir lebih kurang 500 orang itu, turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB), Ahli Majlis MPKj, Ust Shafie Ngah, Dr Zainal Rasyid wakil Aman Palestin.

Sementara itu, Pengerusi PPBBB, Dr. Tajul Ariffin Noordin berkata menyifatkan penubuhan Sektretriat 'Save Gaza' bertepatan bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000 dalam tempoh tiga minggu bermula hari ini untuk disampaikan kepada rakyat Palestin melalui tabung Aman Palestin. Image

Dalam tempoh ini katanya, pelbagai program akan dilaksanakan seperti ceramah, forum, pertandingan dan lain-lain yang bertujuan memebri sokongan dan rasa tanggungjawab sesama Islam yang bencikan kezaliman.

"Kemuncak Program ini ialah pada 7 Februari yang akan diadakan di Kompleks Sukan MPKj di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi denag Solat Hajat Perdana, Pertunjukan Nasyid, Persembahan Puisi yang turut dipersembahkan oleh Adun sendiri dan penyerahan keseluruhan derma selama tiga minggu itu kepada Aman Palestin" katanya.

'Save Gaza merupakan majlis anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB) yang diketuai oleh Dr. Tajul Ariffin Noordin dengan kerjasama dari Aman Palestin, Mini Kabinet Dun Bangi, Masjid dan Surau sekitar Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Perbandaran Kajang, Lembaga Zakat Selangor dan banyak lagi.

Majlis yang bertemakan 'Bersatu Selamatkan Gaza bertujuan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang ditindas melalui tabung berkenaan.

Ia juga turut diserikan dengan kehadiran artis nasyid Brothers yang menyanyikan lagu-lagu yang berkaitan dengan perjuangan Rakyat Palestin. - azm_

Sunday, January 25, 2009

Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.

Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns- harakah

Saturday, January 24, 2009

tujuan allah mencipta manusia

::: allah menjadikan manusia / makhluk dari tiada kepada ada .. bukan sia-2 .. tetapi ada tujuan yang khusus .. iaitu untuk mengabdikan diri kepada allah sebagai tanda syukur kepada allah .. yang telah memberi kita nikmat kehidupan yang sangat banyak ..

sebagai orang yang membalas budi allah yang terlalu banyak .. maka kita pergunakanlan segala nikmat yang diberikan dengan cara yang dibenarkan oleh syara' .. semua anggota dan nikmat yang allah berikan untuk tujuan agama .. walaupun pada zahirnya perbuatan dunia .. tapi hakikatnya kembali pada agama / akhirat .. :::

-http://siputonline.blogspot.com/search/label/Bukit%20Kecil

SEJARAH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

.. DEMO TAHU KO DOK?

Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu. OrangKelantan dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka”(the original word is “lingkar”). Keropok ini mendapat nama dr kaedahpembuatan yg mula diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentelsehingga panjang, keropok ini akan dilingkar di dalam badang atau talamsebelum direbus. Sesetengah tempat di Kelantan ia dikenali sebagai“keropok gotey” dan “keropok bbatey”.

Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini,maka kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry inidi Kelantan.

DEMO TAHU KO DOK?

Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimanasekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat. Sebaliknya merekamenggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik danjatuh (merujuk kepada pergerakan matahari). Sebab itulah kalau adasesebuah rumah lama yg dirombak binaannya, anda akan terjumpaperkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut. Untuk merujuk arah timurlaut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai “hulunaik” dan seterusnya.

Kalau di tengah laut macamana pula yer?


DEMO TAHU KO DOK?

Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali. Mengikut sejarah,Kota Kubang Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negerisemasa zaman pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah kebeberapa tempat.

Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja danSungai Budor. Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibunegeri baru ini tidak selamat dari ancaman banjir dari air SungaiKelantan telah memerintahkan sebuah sungai digali dr Kg Kutan ke PohonTanjung bertujuan untuk melencongkan laluan air semasa musim banjir.Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh menasihati raja, makaibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis seterusnyatenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantansekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasanPadang Bank dan Dalam Kota)

Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelummelintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai RajaGali”.


DEMO TAHU KO DOK?

Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama diKelantan suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi pendudukJajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama kePahang dan negeri Pantai Barat. Perkhidmatan feri (yang menggunakankayuhan roda besar dan mampu membawa kereta) disediakan dari Kota Bharuke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota Bharu untuk ke stesyen keretaapi ini. Minyak juga diangkut dari stesyen kereta api ini ke Kota Bharumenggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikanbersebelahan stesyen kereta api ini.

Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi StesyenKereta api Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telahdiambilalih secara berperingkat-peringkat oleh Stesyen Kereta api WakafBharu.

Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan. Yang ada hanyalah tapak.


DEMO TAHU KO DOK?

Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertuaKelantan (dipercayai 9 buah kesemuanya). Antaranya Kg Laut, Penambang,Banggol dan Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika duluterletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2ini terletak jauh ke daratan.

Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadiperkampungan penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kinitelah dimusnahkan oleh pembangunan. Jadi, kalau anda adalah anakKelantan tak kiralah di mana anda tinggal sekarang ini sama ada diKelantan atau luar Kelantan, cubalah cek salasilah keluarga anda, dr kgmanakah anda berasal.


DEMO TAHU KO DOK?

Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido(sekarang ini adalah tapak Hotel River View). Ia menjadi tempat tumpuanpenduduk di lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka.Penduduk di kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasillaut utk didagangkan menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lainjuga membawa hasil tempatan utk didagangkan di sini menggunakanpengangkutan sungai.

Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB – jugabakal diruntuhkan), Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapawaktu. Kini pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di BuluhKubu.

Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan disini. Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe...


DEMO TAHU KO DOK?

Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan,orang Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan. Ketakutan kali inibukan dari askar Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayaudi waktu malam. Banyak sumber yang mengatakan, selepas solat isyak disurau, jemaah akan terus bergegas pulang ke rumah masing2 keranatakutkan hantu ini walaupun sebelum ini mereka sempat bersembangsehingga larut malam. Ramai juga yang maut kerana wabak penyakitterutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik. Keadaan iniberlarutan untuk beberapa tahun.

Macam mana rupa hantu Jepun tu yer? Bagi yang ada atuk/nenek yg sempatmerasai zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.


DEMO TAHU KO DOK?

Cerita yg dikutip dari allahyarham ayahanda ku. Semasa zaman Tok Kenalidulu, diceritakan pernah satu ketika Tok Kenali terasa sakit perut.Lantas dia bergegas ke sungai di Tambatan D’Raja (masa tu dia mengajardi Masjid Muhammadi). Tak sempat ke tandas, “isi perut” dah terburaidan terkena ke atas salah satu tiang layar yg banyak tersidai di tepisungai masa tu. Tiang layar tersebut milik perahu yang sering ke lautmenangkap ikan.

Keadaan ini diketahui pemilik perahu tersebut, tetapi sebagai mengambilberkat “milik” seorang Wali Allah, dia tidak membersihkan tiangtersebut sebaliknya mendirikan tiang tersebut utk terus ke laut.Mungkin atas keberkatan ini, pemilik perahu layar tersebut dalam waktuyang singkat telah dapat membawa pulang hasil laut yg banyak.Wallahua’lam.


DEMO TAHU KO DOK?

Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggalpersekolahan dibahagikan kpd tiga. Cuti penggal persekolahan pertamaselama 2 minggu pd bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selamadua minggu pd bulan Ogos dan cuti penggal ketiga selama dua bulan padabulan November dan Disember.

Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kgsekitarnya seperti Palekbang, Sg Pinang dan Kok Pasir. Kenapa? Sebabnyaadalah pesta pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Lautakan meninggalkan rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di MuaraSg Kelantan. Berpuluh dan mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belumada khemah) yg dibuat drp buluh dan pelepah kelapa didirikan. Merekaakan berkampung di sini selama beberapa malam. Tak tahulah apakeistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir dikelilingisungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.

Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahandiubah. Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namunkeadaan dah berubah dan tidak mendapat sambutan. Kekallah ia sebagaiNOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.


DEMO TAHU KO DOK?

Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat(mungkin hampir seperti tsunami yg melanda Acheh). Puting Beliung ygmelanda Kelantan pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah,haiwan ternakan mati dan pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda danramai yg terkorban akibat taufan dan penyakit yg melanda selepaskejadian itu iaitu taun. Ramai yg tak dapat membuat padi kerana haiwanyg digunakan utk membajak banyak telah mati. Kemiskinan amat menyayathati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke Terengganu, Pahangtermasuk juga Johor (Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor jugadipercayai dibuka ekoran tragedy ini). Bagi keluarga yg mempunyai anakperempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkanbebanan keluarga.

Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan” yg boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri.


DEMO TAHU KO DOK?

Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telahpupus dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contohperkataan tersebut :
1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.
Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi.Namun masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.


DEMO TAHU KO DOK?

Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalahdi tepi Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor. Timbunan sampah serta kereta2buruk telah mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut sertamencemarkan sungai Kelantan. Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telahmemindahkan ke tapak pelupusan yang baru.

Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.


DEMO TAHU KO DOK?

Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantandalam tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap,ia menjadi salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu.Ia mengenakan tol bagi setiap kenderaan yg menggunakannya. Tol initelah menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan PASwaktu itu ekoran diskriminasi yang amalkan kerajaan pusat.

Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya ygterbesar di pantai timur. Dan mungkin juga dengan tiadanyadiskriminasi, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.


DEMO TAHU KO DOK?

Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantandisambut meriah oleh rakyat Kelantan. Antara acara sambutan ialah PestaAir yg dijalankan berhadapan Tambatan D’Raja. Pada waktu ini rakyatkeluar berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungaimahu pun bot2 / perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagaipertandingan dibuat antaranya perahu berhias, pukul bantal, lumbaperahu/bot laju dan berebut itik.

Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraanini dipanggil “Hari Puja Umur” dan cuti diberikan sebanyak 2 hari. Kini?

dicuri dr;http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&friendID=31020852&blogID=465585441

Followers

My Blog List