Saturday, January 31, 2009

KERAJAAN PERAK BERTUKAR TANGAN HARI INI?

Berita yang sedang panas sekarang ini di Perak. Masing-masing sedang mengikuti perkembangan terkini di Perak berikutan ada usaha BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Bagi saya semua penyokong PR tidak perlu bimbang. Menukar kerajaan tidak semudah seperti yang disangkakan bukan seperti nak tukar pakaian. Nak tukar kereta baru pun ada proses dan prosedurnya bukannya mudah-mudah macam tu je dapat kunci, start enjin terus jalan.

Bagi saya PR hari ini cukup kuat dan mantap sama ada di peringkat negeri dan nasional. Sokongan rakyat juga cukup padu di semua peringkat lapisan masyarakat dan bangsa. BN melakukan kesilapan besar jika cuba menggunakan teknik 'silap mata' atau taktik kotor untuk menggugat kerajaan PR Perak. Jika itu dilakukan BN dan Umno sebenarnya mempercepatkan lagi proses kejatuhannya di peringkat nasional.

DYM Sultan Perak dan Raja Muda adalah raja yang terdidik dan tegas serta akan melaksanakan keadilan mengikut lunas undang-undang dan pelembagaan dalam memastikan kerajaan yang mendapat mandat rakyat dipertahankan. Saya cukup yakin kerajaan PR di peringkat nasional dan negeri mempunyai opsyen yang tidak terduga oleh pemimpin Umno dan BN jika mereka terus bermimpi untuk menumbangkan kerajaan PR di Perak dan negeri-negeri lain.

Kepada semua teruskan doa dan sokongan Insyallah kerajaan yang ada akan dapat dipertahankan.

--sumber;http://angkasanuri.blogspot.com/

Friday, January 30, 2009

Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000, tinjau penderitaan Gaza

RAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin.

Di hospital itu katanya Tuan Guru Presiden PAS telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan Zionis Isreal.

"Selain itu, Presiden dan rombongan dalam rangka lawatan menemui para pemimpin Ikhwan di Mesir, kemudian Damsyik, Beirut dan Amman seterusnya berjumpa dengan pemimpin Hamas sendiri.

"Objektif utama selain menyalurkan pelbagai jenis bantuan, Presiden dan pimpinan PAS mahu berbincang dan merangka bersama-sama pemimpin tersebut mekanisme dan tindakan terbaik bagi mengatasi kesengsaraan yang dihadapi penduduk Palestin khususnya Gaza disamping menilai sendiri kemusnahan yang dialami untuk tujuan bantuan seterusnya ," katanya.

Keesokannya (31 Januari, hari ini), rombongan pimpinan PAS itu akan berlepas ke Damsyik untuk menemui pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meshaal bagi meneliti langkah-langkah selanjutnya untuk rakyat Palestin khususnya melibatkan pembangunan semula Gaza dari segi modal insan, pendidikan dan ekonomi.

"Kami seterusnya akan melalui jalan darat ke Beirut menemui pemimpin gerakan Islam termasuk Hamas dan Fathi Yakan untuk berbincang masalahummah dan tindakan terdekat. Destinasi terakhir ialah Jordan untuk menemui pimpinan Ikhwan Muslimin dan untuk dapat taklimat tentang Tebing Barat.

"Jumlah sumbangan PAS sebanyak RM250,000 yang diterima daripada pelbagai pihak dan masyarakat prihatin di Malaysia telah berjaya kita sampaikan," katanya. Image

Selain beliau dan Presiden, ahli parlimen yang turut serta dalam rombongan ialah Salahuddin Ayub (Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS), Dr. Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Dr. Lo' Lo' Ghazali (Tititwangsa), Dr. Mujahid Rawa (Parit Buntar),Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Hayati Othman (Pendang), Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan beberapa akitivis yang lain.

"Terima kasih atas doa, sumbangan dan keprihatin orang ramai kepada rakyat Palestin dan semoga semangat perjuangan sentiasa disemarakkan dan doakan kami selamat kembali," kata Dr Hatta dalam sms ketujuh kepada Azamin lewat jam 10.00 malam semalam. - azm

(Bagi yang bersimpati sudikanlah menghulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298). _

Tuesday, January 27, 2009

Sokongan kepada Palestin selari tuntutan Al Quran

Muhammad Arif Ismai

BANGI, 27 Jan (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata sokongan yang diberikan rakyat Malaysia kepada pejuangan rakyat Palestin merupakan sesuai dengan tuntuntan al-Quran dan hadith.

"Walaupun kita hanya memberi sokongan melalui derma dan sokongan moral melalui demostrasi, tetapi sokongan ini ertinya sangat besar kepada perjuangan mereka di kala 1500 orang penduduk telah dibunuh dengan kejam zionis." katanya.

Katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah satu kaum yang terbaik serta layak untuk menghapuskan sesiapa sahaja jika tindakan mereka dihalang.

"Perjuangan Rakyat Hamas perlu disokongan kerana hak mereka telah dinafikan sehingga tanah air mereka telah dirampas dengan kejam.

Perjuangan ini adalah sesuai dengan saranan Quran dalam surah Al-Hujurat, yang menyebut bahawa semua manusia adalah sama melainkan yang bertaqwa kepada Allah" tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'Save Gaza' Peringkat Bandar Baru Bangi yang diadakan di Kompleks Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Majlis yang dihadir lebih kurang 500 orang itu, turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB), Ahli Majlis MPKj, Ust Shafie Ngah, Dr Zainal Rasyid wakil Aman Palestin.

Sementara itu, Pengerusi PPBBB, Dr. Tajul Ariffin Noordin berkata menyifatkan penubuhan Sektretriat 'Save Gaza' bertepatan bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000 dalam tempoh tiga minggu bermula hari ini untuk disampaikan kepada rakyat Palestin melalui tabung Aman Palestin. Image

Dalam tempoh ini katanya, pelbagai program akan dilaksanakan seperti ceramah, forum, pertandingan dan lain-lain yang bertujuan memebri sokongan dan rasa tanggungjawab sesama Islam yang bencikan kezaliman.

"Kemuncak Program ini ialah pada 7 Februari yang akan diadakan di Kompleks Sukan MPKj di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi denag Solat Hajat Perdana, Pertunjukan Nasyid, Persembahan Puisi yang turut dipersembahkan oleh Adun sendiri dan penyerahan keseluruhan derma selama tiga minggu itu kepada Aman Palestin" katanya.

'Save Gaza merupakan majlis anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB) yang diketuai oleh Dr. Tajul Ariffin Noordin dengan kerjasama dari Aman Palestin, Mini Kabinet Dun Bangi, Masjid dan Surau sekitar Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Perbandaran Kajang, Lembaga Zakat Selangor dan banyak lagi.

Majlis yang bertemakan 'Bersatu Selamatkan Gaza bertujuan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang ditindas melalui tabung berkenaan.

Ia juga turut diserikan dengan kehadiran artis nasyid Brothers yang menyanyikan lagu-lagu yang berkaitan dengan perjuangan Rakyat Palestin. - azm_

Sunday, January 25, 2009

Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.

Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns- harakah

Saturday, January 24, 2009

tujuan allah mencipta manusia

::: allah menjadikan manusia / makhluk dari tiada kepada ada .. bukan sia-2 .. tetapi ada tujuan yang khusus .. iaitu untuk mengabdikan diri kepada allah sebagai tanda syukur kepada allah .. yang telah memberi kita nikmat kehidupan yang sangat banyak ..

sebagai orang yang membalas budi allah yang terlalu banyak .. maka kita pergunakanlan segala nikmat yang diberikan dengan cara yang dibenarkan oleh syara' .. semua anggota dan nikmat yang allah berikan untuk tujuan agama .. walaupun pada zahirnya perbuatan dunia .. tapi hakikatnya kembali pada agama / akhirat .. :::

-http://siputonline.blogspot.com/search/label/Bukit%20Kecil

SEJARAH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

.. DEMO TAHU KO DOK?

Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu. OrangKelantan dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka”(the original word is “lingkar”). Keropok ini mendapat nama dr kaedahpembuatan yg mula diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentelsehingga panjang, keropok ini akan dilingkar di dalam badang atau talamsebelum direbus. Sesetengah tempat di Kelantan ia dikenali sebagai“keropok gotey” dan “keropok bbatey”.

Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini,maka kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry inidi Kelantan.

DEMO TAHU KO DOK?

Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimanasekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat. Sebaliknya merekamenggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik danjatuh (merujuk kepada pergerakan matahari). Sebab itulah kalau adasesebuah rumah lama yg dirombak binaannya, anda akan terjumpaperkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut. Untuk merujuk arah timurlaut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai “hulunaik” dan seterusnya.

Kalau di tengah laut macamana pula yer?


DEMO TAHU KO DOK?

Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali. Mengikut sejarah,Kota Kubang Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negerisemasa zaman pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah kebeberapa tempat.

Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja danSungai Budor. Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibunegeri baru ini tidak selamat dari ancaman banjir dari air SungaiKelantan telah memerintahkan sebuah sungai digali dr Kg Kutan ke PohonTanjung bertujuan untuk melencongkan laluan air semasa musim banjir.Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh menasihati raja, makaibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis seterusnyatenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantansekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasanPadang Bank dan Dalam Kota)

Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelummelintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai RajaGali”.


DEMO TAHU KO DOK?

Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama diKelantan suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi pendudukJajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama kePahang dan negeri Pantai Barat. Perkhidmatan feri (yang menggunakankayuhan roda besar dan mampu membawa kereta) disediakan dari Kota Bharuke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota Bharu untuk ke stesyen keretaapi ini. Minyak juga diangkut dari stesyen kereta api ini ke Kota Bharumenggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikanbersebelahan stesyen kereta api ini.

Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi StesyenKereta api Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telahdiambilalih secara berperingkat-peringkat oleh Stesyen Kereta api WakafBharu.

Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan. Yang ada hanyalah tapak.


DEMO TAHU KO DOK?

Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertuaKelantan (dipercayai 9 buah kesemuanya). Antaranya Kg Laut, Penambang,Banggol dan Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika duluterletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2ini terletak jauh ke daratan.

Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadiperkampungan penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kinitelah dimusnahkan oleh pembangunan. Jadi, kalau anda adalah anakKelantan tak kiralah di mana anda tinggal sekarang ini sama ada diKelantan atau luar Kelantan, cubalah cek salasilah keluarga anda, dr kgmanakah anda berasal.


DEMO TAHU KO DOK?

Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido(sekarang ini adalah tapak Hotel River View). Ia menjadi tempat tumpuanpenduduk di lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka.Penduduk di kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasillaut utk didagangkan menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lainjuga membawa hasil tempatan utk didagangkan di sini menggunakanpengangkutan sungai.

Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB – jugabakal diruntuhkan), Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapawaktu. Kini pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di BuluhKubu.

Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan disini. Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe...


DEMO TAHU KO DOK?

Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan,orang Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan. Ketakutan kali inibukan dari askar Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayaudi waktu malam. Banyak sumber yang mengatakan, selepas solat isyak disurau, jemaah akan terus bergegas pulang ke rumah masing2 keranatakutkan hantu ini walaupun sebelum ini mereka sempat bersembangsehingga larut malam. Ramai juga yang maut kerana wabak penyakitterutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik. Keadaan iniberlarutan untuk beberapa tahun.

Macam mana rupa hantu Jepun tu yer? Bagi yang ada atuk/nenek yg sempatmerasai zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.


DEMO TAHU KO DOK?

Cerita yg dikutip dari allahyarham ayahanda ku. Semasa zaman Tok Kenalidulu, diceritakan pernah satu ketika Tok Kenali terasa sakit perut.Lantas dia bergegas ke sungai di Tambatan D’Raja (masa tu dia mengajardi Masjid Muhammadi). Tak sempat ke tandas, “isi perut” dah terburaidan terkena ke atas salah satu tiang layar yg banyak tersidai di tepisungai masa tu. Tiang layar tersebut milik perahu yang sering ke lautmenangkap ikan.

Keadaan ini diketahui pemilik perahu tersebut, tetapi sebagai mengambilberkat “milik” seorang Wali Allah, dia tidak membersihkan tiangtersebut sebaliknya mendirikan tiang tersebut utk terus ke laut.Mungkin atas keberkatan ini, pemilik perahu layar tersebut dalam waktuyang singkat telah dapat membawa pulang hasil laut yg banyak.Wallahua’lam.


DEMO TAHU KO DOK?

Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggalpersekolahan dibahagikan kpd tiga. Cuti penggal persekolahan pertamaselama 2 minggu pd bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selamadua minggu pd bulan Ogos dan cuti penggal ketiga selama dua bulan padabulan November dan Disember.

Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kgsekitarnya seperti Palekbang, Sg Pinang dan Kok Pasir. Kenapa? Sebabnyaadalah pesta pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Lautakan meninggalkan rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di MuaraSg Kelantan. Berpuluh dan mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belumada khemah) yg dibuat drp buluh dan pelepah kelapa didirikan. Merekaakan berkampung di sini selama beberapa malam. Tak tahulah apakeistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir dikelilingisungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.

Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahandiubah. Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namunkeadaan dah berubah dan tidak mendapat sambutan. Kekallah ia sebagaiNOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.


DEMO TAHU KO DOK?

Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat(mungkin hampir seperti tsunami yg melanda Acheh). Puting Beliung ygmelanda Kelantan pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah,haiwan ternakan mati dan pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda danramai yg terkorban akibat taufan dan penyakit yg melanda selepaskejadian itu iaitu taun. Ramai yg tak dapat membuat padi kerana haiwanyg digunakan utk membajak banyak telah mati. Kemiskinan amat menyayathati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke Terengganu, Pahangtermasuk juga Johor (Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor jugadipercayai dibuka ekoran tragedy ini). Bagi keluarga yg mempunyai anakperempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkanbebanan keluarga.

Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan” yg boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri.


DEMO TAHU KO DOK?

Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telahpupus dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contohperkataan tersebut :
1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.
Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi.Namun masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.


DEMO TAHU KO DOK?

Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalahdi tepi Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor. Timbunan sampah serta kereta2buruk telah mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut sertamencemarkan sungai Kelantan. Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telahmemindahkan ke tapak pelupusan yang baru.

Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.


DEMO TAHU KO DOK?

Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantandalam tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap,ia menjadi salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu.Ia mengenakan tol bagi setiap kenderaan yg menggunakannya. Tol initelah menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan PASwaktu itu ekoran diskriminasi yang amalkan kerajaan pusat.

Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya ygterbesar di pantai timur. Dan mungkin juga dengan tiadanyadiskriminasi, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.


DEMO TAHU KO DOK?

Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantandisambut meriah oleh rakyat Kelantan. Antara acara sambutan ialah PestaAir yg dijalankan berhadapan Tambatan D’Raja. Pada waktu ini rakyatkeluar berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungaimahu pun bot2 / perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagaipertandingan dibuat antaranya perahu berhias, pukul bantal, lumbaperahu/bot laju dan berebut itik.

Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraanini dipanggil “Hari Puja Umur” dan cuti diberikan sebanyak 2 hari. Kini?

dicuri dr;http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&friendID=31020852&blogID=465585441

Wednesday, January 21, 2009

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

JIKA berkunjung ke Kota Bharu jangan lupa meluangkan masa meronda Pasar Malam Che Yeh.

Bukan saja dapat menjamu mata dengan pelbagai barangan cenderamata, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai hidangan Pantai Timur.


Ada yang berkata kunjungan ke Pasar Malam Che Yeh ibarat meneroka seluruh Kelantan memandangkan pelbagai produk yang dijual.

Pengunjung pastinya rambang mata untuk memilih barangan menerusi 400 gerai penjaja termasuk pakaian, aksesori perhiasan wanita, produk tekstil, barangan kulit, kraftangan, barangan dapur dan ubat tradisional.

Selain itu, turut dijual hasil pertanian penduduk tempatan seperti buah-buahan, sayuran dan hasil ternakan. Manakala, deretan lebih 20 gerai makanan menghidangkan makanan tradisional.

Lazimnya, pelancong dari luar Kelantan mencari tanda kenangan memiliki identiti Kelantan termasuk produk luar seperti batik.

Golongan suri rumah pula gemar memborong perkakasan dapur termasuk periuk, belanga dan acuan kuih.

Bersempadan dengan Thailand, tidak hairanlah ada peniaga dari negara jiran yang turut mencari rezeki di pasar ini.

Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Azman Md Daham, berkata pasar malam itu kini menjadi destinasi mesti kunjung untuk mereka yang pertama kali ke Kelantan.

“Mulai Julai lalu, MPKB menaik taraf seluruh tapak pasar malam itu termasuk menurap kawasan niaga dan mengarahkan peniaga menggunakan kanopi yang seragam berwarna kuning.

“Dengan imej baru pasar malam ini, ia dijangka mewujudkan persekitaran pelancongan bertaraf antarabangsa di samping terus memelihara keunikan budaya niaga masyarakat Kelantan,” katanya.

INFO

# Pasar ini beroperasi setiap hari dari jam 6 petang hingga 1 pagi di pekan Wakaf Che Yeh. Ia terletak di Jalan Kuala Krai, kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu.

# Selepas jam 1 pagi, tapak pasar akan bertukar kepada ‘pasar basah’ pula untuk perniagaan makanan mentah keperluan harian. Penjual terdiri dari peniaga di kompleks pasar borong bersebelahan tapak pasar malam itu.

# Pada hujung minggu atau cuti umum, sambutan pengunjung bertambah lebih dua kali ganda memaksa peniaga melanjutkan perniagaan mereka sehingga jam 2 atau 3 pagi.

-harianmetro

Imej BN ketinggalan zaman - Khir Toyo


"Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan pendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman."

Demikian pendapat ahli majlis tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo dalam memperkatakan punca kekalahan parti itu di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Katanya imej sedia ada Barisan Nasional (BN) sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru.

"Imej BN hari agak kurang 'menangkap' jiwa anak-anak muda. Kempen BN juga harus menunjukkan ia sebuah perikatan yang berbilang kaum." kata Khir dalam blog peribadinya.

Malah katanya kempen berasingan Umno untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk masyarakat tionghua dan MIC untuk kaum India sudah ketinggalan zaman. Sungguhpun tidak dapat menafikan kepentingan setiap parti ini memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing, namun kempen pilihan raya harus menampakkan keakraban antara kaum ini. Image

"Tapi pembaharuan terhadap BN merupakan perkara titik bengit yang mungkin tidak penting jika pembaharuan lebih besar dapat dilakukan oleh BN iaitu pembaharuan dalam kerajaan yang dikuasai oleh BN," katanya. _ -harakah

Monday, January 19, 2009

Baling kasut; warisan sunnah Nabi Ibrahim a.s

Dilihatnya sekawan awan mendung bersepah di dada langit. Dan, dengan tiba-tiba datang angin keras yang menyapu awan-awan mendung itu. Angin Disember hari itu telah mula menyatu dengan firman Tuhan.. Lalu, Bush dengan jiwa batinnya yang duka lara merebus tangkai hatinya untuk dibawa berlari.

Mendung di hatinya jauh lebih berat. Bush dengan linangan air matanya, keluh hatinya berbisik, "Sampai hati si dia membaling kasutnya ke arahku."

Tidak kusangka, akan dapat penghinaan sebegini rupa! Dua kali mendapat balingan pulak tu!

Muntazer al-Zaidi!! Namamu sentiasa terpahat di hatiku selalu. Akan kucatat namamu dalam diari gelapku ketika aku menyundal dunia ini dengan kegelapan pemerintahanku, demikian jeritan batin si Bush.

Bush tidak pernah membaca sejarah Islam agaknya. Bush kononnya hanya pernah membaca Islam Hadhari lalu.. dengan tidak semena-mena dia menyokong Islam Hadhari tajaan Abdullah Ahmad Badawi. Namun, dia belum sempat berguru lebih lanjut dengan Abdullah mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dibaling batu.

Rasulullah s.a.w pernah dibaling batu di Taif ketika menyampaikan usaha dakwah. Kata orang, putih serban dan jubannya ketika berpergian dan mencurah merah darah ketika pulangnya. Demikian penghinaan ke atas sosok besar itu.

Tapi, Bush masih bernasib baik. Pemimpin Arab Iraq yang bodoh ini masih mahu menangkap Muntazer al-Zaidi.

Dalam bidalan pusaka Melayu ada disebutkan juga, baling batu sembunyi tangan. Tapi, dalam kes Muntazer al-Zaidi, beliau telah baling kasut dan masuk ke dalam lokap, lalu terpaksa menantikan hukuman!

###

Baling batu ke arah iblis adalah sunnah nabi Ibrahim
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.

Tindakan wartawan penyiaran Iraq itu (beliau pun mungkin tak sedar) sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.

Bush adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap Muntazer al-Zaidi hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.

Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.

Nabi Daud ketika kecilnya pernah membaling batu kepada Jalut (Goliath) sehingga tumbang musuh Allah itu. Kini, kanak-kanak di Palestin pula membaling batu kepada tentera-tentera Israel. Sekali lagi, ini fitrah, sunnatullah dan sunnah perjuangan orang soleh yang terdahulu daripada kita.

"Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Jalut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintah, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.." --- (al-Baqarah: 251)

Mengapakah kita katakan hal membaling batu ini sebahagian daripada fitrah, sunnah dan sunnatullah? Perhatikan dalil-dalil di bawah ini..

"Patutkah kamu berasa aman kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau, patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?" --- (al-Mulk: 16 - 17)

Ada juga kaum yang dibaling batu oleh Tuhan kerana kengkarannya. Ini kerana, mereka melakukan amalan seks bebas dan menjalin hubungan seks sesama jenis, lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita.

Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.

Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu.

Lihat pula kepada contoh-contoh nas lain pula berhubung hal membaling, merejam dengan batu yang ada kaitan dengan tindakan wartawan penyiaran Iraq; Muntazer al-Zaidi yang membaling kasutnya ke arah Bush itu.

Nas, dalil baling dan merejam batu
"Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran." --- (Asy-Syu'araa': 173)

"Sesungguhnya, Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam." --- (al-Qamar: 34)

Lihat pula di dalam Surah adz-Dzaariyaat, ayat 31 hingga 37 ada disebutkan ceritanya sebagai di bawah ini:

1. Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"
2. Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);
3. "Supaya kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),
4. "Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".
5. (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.
6. (Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
7. Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab siksa yang tidak terperi sakitnya.

Ternyata, sebagai mana Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dilempar batu di Taif, moyangnya Nabi Ibrahim pernah diugut dilempar dengan batu dengan sebab baginda enggan menghentikan dakwahnya itu.

"(Azar) menjawab: "Patutkah engkau membencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya, jika engkau tidak berhenti menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah, lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa." --- (Maryam: 46)

Lihat pula tekanan yang diterima oleh Nabi Syuaib a.s..

"Mereka berkata: "Wahai Syuaib, kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidak kerana kaum keluargamu, tentulah kami melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukan orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!" --- (Hud: 91)

"Tidakkah kau melihat Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia kumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." --- (an-Nur: 43)

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganaiaya diri sendiri." --- (al-Ankabut: 40)

"Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan." --- (al-A'raff: 84)

Malah, ada pula manusia yang terlalu biadap sehingga mencabar Tuhan agar melemparkan mereka dengan batu..!!

"Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Mekah) berkata: "Wahai Tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisiMu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya." --- (al-Anfaal: 32)

"Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu." --- (Hud: 82-83)

"Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar." --- (al-Hijr: 74)

"Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau Ia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?" --- (al-Israa': 68)

Antara sunnatullah, sikap Allah ke atas kaum yang ingkar adalah Zat Yang Mahu Agung Lagi Perkasa itu akan mengirimkan unggas seperti burung Ababil untuk menjahanamkan pasukan tentera Abrahah.

"Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu, ia (batu itu) menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat." --- (al-Fiil: 4 - 5)

Latihan membaling kasut kepada Bush di http://www.sockandawe.com
Apa gunanya hidup ini tanpa latihan berperang. Sesudah letih berceloteh bicara, setelah menekuni nas-nas dan dalil al-Quran di atas, apa kata kita rehatkan diri sebentar sambil bermain suatu permainan yang menyeronokkan.

Silakan membaling kasut anda kepada Bush di laman sesawang berikut dan sebarkan alamat ini kepada rakan-rakan anda..

Lempar kasut anda kepada Bush di http://www.sockandawe.com sebelum tibanya kesempatan anda untuk membaling kasut kepada Bush secara langsung, secara 'live' kelak. Itu pun kalau-kalau Bush berani hadir ke Malaysia!

(Sekadar syor: Mungkin boleh bina patung replika batu Bush atau tiang macam Jamratul Aqabah, Wustha, Sughra di mana-mana untuk memudahkan kita membaling kasut, batu kepadanya sebagai tanda protes!)

### Hujan batu dalam pepatah Melayu, sebuah monolog ringkas Bush
"Sampainya hati mereka menghina daku dengan batu dan kasut," hatinya langsung berbicara. Perit dan pedih yang mengikat jiwanya masih belum pudar.

Di dalam bidalan kata dan pepatah Melayu ada disebutkan, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri."

Tapi, bagi Bush, hujan batu dan hujan kasut sahaja yang akan memberi pengajaran kepadanya di mana-mana juga beliau berada!

12:47 a.m, 4 Januari
Sekolah Pemikiran Pendang

Segala saranan, teguran atau usaha untuk membetulkan kesilapan fakta, nas dan dalil al-Quran di atas boleh juga dihantar lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.

Sunday, January 18, 2009

Anugerah Juara Lagu (AJL) 23

Anugerah Juara Lagu (AJL) 23 baru je berlangsung semalam

Persembahan Terbaik - Faizal Tahir
Vokal Terbaik - Faizal Tahir
Kategori Balada - Faizal Tahir
Kategori Etnik Kreatif - Farah Waheeda
Kategori Pop Rock - Meet Uncle Hussein
Juara Lagu 2008 - Meet Uncle Hussein

Saturday, January 17, 2009

PAS menang, Abdul Wahid layak ke Parlimen!

PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.

Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

perunding: Prediction Perunding vs Lim Kit Siang~ref Malaysiakini

perunding: Prediction Perunding vs Lim Kit Siang~ref Malaysiakini

Petugas Pakatan Rakyat kesan taktik kotor Umno

Lewat malam tadi masih lagi kedengaran deruman helikopter yang berlegar di udara. Dan ia berterusan sehingga pagi ini, seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena.

Namun, gangguan enjin helikopter tidak menghalang jentera Pakatan Rakyat sehingga sanggup bersengkang mata membuat pemantauan bagi mengekang taktik kotor pihak lawan.

Tinjauan Harakahdaily ke beberapa markas Pakatan Rakyat hanya beberapa jam sebelum proses pembuangan undi bermula, mendapati seluruh jentera pilihanraya masih gagah melaksanakan tugas.

Bahagian keselamatan PAS dan Pakatan Rakyat mungkin antara yang paling sibuk. Pemantauan terpaksa diberi penekanan serius memandangkan beberapa taktik dikenal pasti telah dimanipulasikan pihak lawan.

Antara yang sempat dikesan awal pagi tadi di mana difahamkan mereka menggunakan golongan remaja kononnya dari geng Pakatan Rakyat merosakkan bendera dacing semata-mata mencerminkan keburukan imej PAS melalui tindakan yang kurang beradab.

Bagaimanapun setakat ini tiada apa-apa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Sikap 'excited' segelintir remaja berjaya ditangani secara berhemah oleh petugas Pakatan Rakyat.

Jentera Pakatan Rakyat memperlihatkan semangat kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dalam semua aspek.

Seluruh warga kerja parti menyambut baik sistem kawalan sama ada di darat atau udara, setiap masa.

Sehubungan itu seluruh jentera pilihan raya Pakatan mengharapkan situasi aman tersebut berjalan lancar sehingga tamatnya proses pengundian dijalankan jam 5 petang ini.

Bagaimanapun terdapat sedikit gangguan berlaku lewat awal pagi tadi apabila berlaku pertengkaran kecil di antara pemuda Umno dengan KeADIlan dan PAS.

Ketegangan itu berlaku seketika di Kubang Ikan difahamkan bermula apabila Umno menghubungkan sebuah pos yang didirikan berhampiran Sekolah Menengah Cendering, iaitu tempat mengundi dihubungkan dengan bangsal panas dengan sebuah titi.

Petugas dan penyokong PAS tidak puas hati kerana titi yang dibina secara haram itu memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang mendaftar di pos Umno yang lebih dekat dengan pintu pagar sekolah.

Pemuda PAS dan KeADIla mahu titi itu dirobohkan kerana ia tidak memberi keadilan kepada Pakatan Rakyat bagi menarik sokongan pengundi.

Namun kehadiran Khairy Jamaludin menaikkan semangat petugas dan penyokong Umno. Begitu juga dengan kehadiran Ketua dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan Fariz Musa, menyebabkan AMK juga berkeras.

Turut kelihatan pada kejadian itu bekas Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri yang tidak dapat menerima kewujudan titi itu.

-harakah

Wednesday, January 14, 2009

Perhebat boikot produk Amerika, hantar tentera lindungi Gaza

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru agar seluruh rakyat Malaysia memperhebatkan lagi kempen boikot Amerika dan syarikat-syarikat yang menyokong Israel .

Selain itu tidak ada jalan selain dari seluruh negara-negara Islam kini perlu menghantar tentera untuk menghadapi Israel dengan kekuatan tentera sekaligus melindungi penduduk Palestin khususnya di Gaza

Demikian kata Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily sebentar tadi yang mengecam tindakan kebinatangan Israel itu.

"Kali ini rakyat dari pelbagai ras dan agama harus mengenepikan ideologi politik dan kaum , dan bersatu memastikan Amerika dan Israel benar-benar merasa tekanan yang diberikan kepada mereka oleh negara-negara yang lain.

"Alasan bahawa kanak-kanak serta orang awam yang terbunuh akibat serangan tentera Israel dari udara , darat dan laut, adalah 'collateral damage' dan 'unintentional targets' merupakan alasan yang tidak dapat diterima sama sekali," katanya.

Kata Azmi pengeboman bertalu-talu tanpa mengira rumah kediaman , masjid , hospital , sekolah , bangunan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu dan universiti adalah bukti nyata bahawa tentera Israel benar-benar berniat membunuh seluruh penduduk Palestin di Gaza.

" Kenyataannya jelas . Bukan sahaja agendanya adalah bunuh Hamas, tetapi juga bunuh rakyat yang menyokong Hamas dan bunuh anak-anak yang bakal menyokong Hamas !" katanya.

Menurut laporan kematian rakyat awam sudah mencecah lebih dari 1000 orang manakala yang tercedara meningkat kepada lebih dari 5,000 orang dan manakala yang menjadi pelarian kini sudah melebihi 80,000 orang.

"Teras yakin nampaknya Israel tidak lagi boleh ditekan melalui tunjuk perasaan , resolusi Majlis Keselamatan mahupun kenyataan-kenyataan mengutuk dan mengecam semata-mata.

"Tidak ada jalan selain dari seluruh Negara Islam kini perlu menghantar tentera untuk menghadapi Israel dengan kekuatan tentera juga. Nampaknya Israel hanya tahu bahasa tentera ," katanya.

Teras katanya berpendapat Negara-negara Islam tidak boleh lagi menangguh untuk mengharapkan rundingan diadakan dengan Israel dengan harapan Israel menghentikan operasi 'genocide' ke atas Gaza akan tetapi tentera mesti dihantar untuk berdepan dengan kebiadapan serta keganasan Israel.

-Harakahdaily

Tuesday, January 13, 2009

Untuk apa Jabatan Pendaftaran Negara bekerja sampai 10 malam hingga 17 Jan?

: Azmi

Ini adalah maklumat yang perlu diambil perhatian dan tindakan lanjut oleh PAS menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Terengganu yang merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mana Timbalan Menterinya (kini bekas) adalah calon Umno bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu telah melanjutkan waktu operasinya dari pukul 8:00 pagi � 10:00 malam bermula 8 Januari 2009.

Untuk makluman semua, waktu asal operasi Jabatan Pendaftaran Negara adalah 8:00 pagi-5:00 petang setiap hari. Dan lebih memusykilkan kita ialah waktu operasi yang dilanjutkan iaitu 5:00 petang-10:00 malam bukannya untuk dibuka kepada orang awam yang ingin berurusan berkaitan hal kad pengenalan tetapi ia dibuka khas untuk SPR membuat semakan alamat pengundi di Parlimen Kuala Terengganu.

Pendek kata, pintu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara tidak dibuka kepada umum tetapi ada kakitangan yang akan bertugas di dalamnya tanpa diketahui oleh orang luar.

Jangan ditanya bagaimana saya mendapat maklumat ini kerana orang-orang kampung Manir yang berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan besar di jabatan kerajaan ada di mana-mana. Bahkan saya mempunyai kenalan rapat yang bekerja di Putrajaya di salah sebuah jabatan yang begitu hampir dengan PM Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau anda tak percaya kepada dakwaan saya ini, cuba telefon Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu pada waktu malam. Jika tiada kakitangan yang mengangkatnya jangan cepat berputus asa kerana mungkin arahan telah dikeluarkan agar panggilan telefon dari luar tidak dijawab. Anda boleh datang sendiri ke Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu di Wisma Persekutuan untuk membuat penyiasatan.

PAS sewajarnya melakukan sesuatu di dalam hal berkaitan dengan pengeluaran/pemindahan alamat yang ada kaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara ini. Kita perlu bertindak sebelum mereka memusnahkan kita dengan penipuan yang paling licik.

Umno sebenarnya lebih mahukan Terengganu berbanding Kelantan mahupun negeri-negeri lain yang ada di Malaysia ini. Mungkin kerana minyaknya menyebabkan Terengganu menjadi negeri teratas yang diminati oleh Kerajaan Pusat. Ataupun mereka tak sanggup melihat Terengganu berjaya ditawan Pakatan Rakyat kerana adanya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang terkenal diseluruh dunia terutamanya disebelah rantau Arab.

Mereka tahu jika Tuan Guru Abdul Hadi Awang memerintah, kesannya tidak sama dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan mahupun mana-mana Menteri Besar lain di Malaysia. Kerajaan Pusat menerusi penasihat-penasihat dalaman dan penasihat-penasihat dari luar yang diupah tahu kesan kepada dunia Islam sebelah Asia Tenggara mahupun di Al-Aqsa jika naiknya seorang ulama seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang memerintah.


-harakah

Sunday, January 11, 2009

kembali pada hukum quran




Soalan : Tidak keluar mengundi kerana tidak suka perbalahan antara satu sama lain ..??

Peringatan : setiap amalan yang kita lakukan semasa hidup akan dibalas di akhirat nanti .. di sana hanya ada 2 jalan sahaja .. satu jalan ke nereka .. dan satu jalan ker syurga .. pilihan terletak pada diri kita ..

golongan yang suka perkara maksiat / dosa .. mereka akan menyokong pemimpin / golongan yang suka perkara maksiat / dosa juga .. mereka ini akan dibangkit di akhirat nanti bersama dengan pemimpin yang mereka pilih atas dunia dulu ..

jadi .. pilihlah pemimpin yang boleh menyelamatkan kita dari azab api nereka ..

Friday, January 9, 2009

Ajar Israel-Amerika,boikot barangan mereka - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat menyokong usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memulaukan barangan buatan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya Israel dalam usaha memerangi keganasan rejim itu di Palestin.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai mengajar kuasa besar dunia itu termasuk meminta rakyat negara ini tidak menggunakan dolar Amerika dalam urus niaga mereka.

"Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian," katanya pada ceramah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sudah sampai masanya masyarakat dunia ini hari ini mengajar kuasa besar yang angkuh dan menindas negara Islam, terutama dalam menunjukkan sokongan umat Islam dunia terhadap nasib rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri.

Sebaik selesai mengadakan kuliah, Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya turut melancarkan kutipan derma bagi mengisi Tabung Rakyat Palestin dan memijak poster dan membakar patung Presiden Amerika, George W Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert. - mks._
-harakah

Wednesday, January 7, 2009

Harakahdaily cuba 'diceroboh'

Laman web Harakahdaily.net menghadapi masalah teknikal akibat cubaan untuk mengodamnya pada tengah malam semalam sehingga menimbulkan kesulitan kepada pelayar internet dan pembaca laman web ini.

Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarang Kumpulan Harakah dan Harakahdaily, Ahmad Lutfi Othman yang turut menerima beberapa panggilan telefon dan SMS daripada dalam dan luar negara yang mengadu sukar untuk akses laman web tersebut.

"Kita tidak menolak kemungkinan Harakahdaily cuba digodam dan dicerobohi memandangkan ianya berkait rapat dengan laporan dan liputan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Sungguhpun demikian kita telah mengambil langkah-langkah awal dan persiapan rapi membendung perkara ini terjadi khususnya menjelang hari-hari terakhir kempen dan pengundian nanti," katanya ketika ditemui di pejabat Harakah sebentar tadi.

Lutfi tidak menafikan ada usaha pihak tertentu untuk melemahkan sistem Harakahdaily dari masa ke semasa, namun pihaknya sedaya upaya akan memperbaiki dan melakukan yang terbaik dari sudut keselamatan dan kemampuan pelayar untuk mengakses atau melayari laman web ini.

Justeru, Ahmad Lutfi memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh semua peminat setia Harakahdaily.

"Semasa kempen ini, pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk meranapkan Harakahdaily dalam perang siber ini yang jelas banyak membantu memberi maklumat dan berita terkini tentang pilhan raya kecil ini."

Sebelum ini,emel Pengarang Berita Kanan Harakah,Haji Roslan Hamid yang dikenali sebagai lanH telah diceroboh dan menyebabkan emelnya disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Sebagai langkah keselamatan,beliau telah menamatkan penggunaan emel: lanh14@hotmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan menukarkannya kepada Lanh14@harakah.net.my.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya - azm/mks.

- Harakah

Tuesday, January 6, 2009

Kunci Tadika Kemas: Lakonan Umno untuk burukkan Pakatan Rakyat

MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Pada petang 4 Januari keluar SMS (khidmat pesanan ringkas) di kalangan pemimpin Umno Perak yang berbunyi: "Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu."

Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut.

Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut?

Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan.

Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan.

Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an.

Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan.

Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau.

Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak!

Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi.

Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK.

Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci.

Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan.

Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu.

Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi.

Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN.

Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini.

Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut.

Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.

Penulis adalah Bendahari Perhubungan PAS Negeri Perak. _
-harakah

20 000 penyokong iring calon PAS





Kuala Terengganu,6 Jan - Hampir 20 000 penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Abdul Wahid Endut ke pusat penamaan calon hari ini. Pergerakan bermula dengan solat hajat di Pejabat PASTI negeri di Jalan Pusara. Perarakan penyokong PAS bermula dari Jalan Pusara melalui Jalan Sultan Ismail dan daripada bulatan Ladang menuju ke Stadium Negeri.

Laungan Allahuakbar, hidup rakyat, dan hancur BN bergema di hari penamaan calon tadi. Melayu, Cina dan India datang dengan semangat untuk memenangkan calon PAS kali ini. Suasana bertambah meriah apabila satu kumpulan keseniaan India memainkan muzik mereka sebagai tanda sokongan kepada calon PAS.


sumber;http://prk036.pas.org.my

Thursday, January 1, 2009

Hijrah Dirai,Masehi Dinanti

Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.

Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.Image

Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan.

"Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.

"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya.

Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan berbanding tempat lain.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut.

ImageProgram dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.

"Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula tahun 1990," kata Takiyuddin.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.

Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyampaikan lagu nasyid.

Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api. Image

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.

"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.

"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya.

242 Saman Kesalahan Tidak Pakai Tali Pinggang Belakang

Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang, dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara bermula tengah malam tadi.

Johor mencatat jumlah saman tertinggi dengan 95 saman dikeluarkan ke atas pengguna kenderaan persendirian dan komersil yang ingkar arahan penggunaan tali pinggang belakang yang berkuatkuasa hari ini, kata Pengarah Penguatkuasa JPJ Salim Parlan.

Beliau berkata mulai Rabu, kesemua pengguna kenderaan wajib memakai tali pinggang belakang dan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan bagi pengguna kenderaan yang enggan berbuat demikian.

Seramai 500 pegawai JPJ terbabit dalam operasi mulai 10 malam dan berakhir pukul 2 pagi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata di Pulau Pinang hanya enam saman dikeluarkan bagi kesalahan itu dan ini "secara tidak langsung menunjukkan kempen pemakaian tali pinggang belakang ini berjaya."

"Statistik juga menunjukkan setiap tahun hampir 300 kematian dicatatkan kerana pengguna kenderaan yang bersikap sambil lewa dengan tidak memakai tali pinggang di belakang," kata Salim.

Beliau berkata dalam operasi itu, JPJ turut mengeluarkan 550 saman kerana kesalahan tiada lesen memandu dan tempoh sah lesen telah tamat.

"Selain itu, 182 saman dikeluarkan untuk kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan 59 kenderaan telah disita kerana tidak mempunyai cukai jalan. Sementara 72 saman dikeluarkan atas kesalahan lampu High-Intensity Discharge (HID)," katanya.

Beliau berkata lampu HID telah dilarang penggunaannya sejak awal Disember lepas kerana cahaya putih dari lampu jenis ini boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"HID atau dikenali lampu Xenon amat berbahaya kerana kadar silau yang tinggi dari lampu itu berbahaya kepada pemandu lain.

Sepanjang tempoh Januari hingga akhir Disember tahun lepas, katanya JPJ telah memeriksa lebih 1.8 juta kenderaan dengan tujuh peratus pemilik kenderaan itu, atau 130,547 orang telah ditahan atas kesalahan tiada lesen atau lesen tamat tempoh.

"Sementara satu peratus atau 19,075 orang kerana kesalahan tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh," katanya.

Sementara itu, di KEDAH, Pengarah JPJ negeri Jaafar Mohamed berkata operasi pertama yang diadakan di kawasan Sungai Petani mulai 12 tengah malam tadi mengeluarkan saman kepada 12 penumpang belakang kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Dalam operasi dua jam itu, "kesemua yang dikenakan saman itu adalah orang dewasa dan ini menunjukkan sikap rakyat yang tidak mahu mematuhi undang-undang walaupun ianya adalah untuk keselamatan nyawa mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata JPJ Kedah akan menerusikan operasi itu ke seluruh negeri mulai Rabu.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah JPJ negeri Kamal Saad berkata sebanyak 11 saman dikeluarkan dan kebanyakan pemandu dan penumpang memberikan alasan tidak mengetahui peraturan baru itu walaupun pemakaian tali pinggang belakang sudah diuar-uarkan beberapa bulan lepas.

Operasi yang dikendalikan oleh seramai 78 pegawai JPJ yang bermula dari pukul 10 malam itu diadakan di tiga kawasan iaitu Senawang, Mambau dan Ampangan, katanya.

Di PERLIS, Pengarah JPJ negeri Abd Rahman Hussain berkata 12 orang disaman kerana tidak memakai tali pinggang belakang dalam operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kastam Diraja Malaysia.

Beberapa kenderaan turut disita ekoran tempoh tamat cukai jalan manakala AADK telah mengesan tujuh kes, Jabatan Imigresen (dua kes), bahagian narkotik (dua kes) dan JAS (satu kes), katanya.

Di KUANTAN, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Datuk Zakaria Man berkata berdasarkan operasi yang dilakukan pihaknya selepas 12 tengah malam tadi, kebanyakan pengguna jalan raya dilihat mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang belakang.

Beliau berkata daripada lebih 2,500 kenderaan diperiksa dalam operasi itu selepas sambutan Tahun Baru di sekitar Kuantan dan Temerloh, hanya dua kes sahaja dicatatkan melibatkan kes tidak memakai tali pinggang belakang.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini , katanya dalam operasi itu sebanyak 163 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik seperti lesen kenderaan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Di MELAKA, Pengarah JPJ negeri Ismail Mohd Zawawi berkata sebanyak 11 saman dikeluarkan terhadap pemandu dan penumpang kerana kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang dalam operasi Ambang Tahun Baru malam tadi.

"Mereka yang disaman itu dikenakan kompaun sebanyak RM300," katanya dan menurutnya mereka memberikan alasan tidak sedar mengenai perkara itu.

Katanya dalam operasi itu, sebanyak 61 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik.

-- BERNAMA

Followers

My Blog List