Wednesday, January 7, 2009

Harakahdaily cuba 'diceroboh'

Laman web Harakahdaily.net menghadapi masalah teknikal akibat cubaan untuk mengodamnya pada tengah malam semalam sehingga menimbulkan kesulitan kepada pelayar internet dan pembaca laman web ini.

Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarang Kumpulan Harakah dan Harakahdaily, Ahmad Lutfi Othman yang turut menerima beberapa panggilan telefon dan SMS daripada dalam dan luar negara yang mengadu sukar untuk akses laman web tersebut.

"Kita tidak menolak kemungkinan Harakahdaily cuba digodam dan dicerobohi memandangkan ianya berkait rapat dengan laporan dan liputan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Sungguhpun demikian kita telah mengambil langkah-langkah awal dan persiapan rapi membendung perkara ini terjadi khususnya menjelang hari-hari terakhir kempen dan pengundian nanti," katanya ketika ditemui di pejabat Harakah sebentar tadi.

Lutfi tidak menafikan ada usaha pihak tertentu untuk melemahkan sistem Harakahdaily dari masa ke semasa, namun pihaknya sedaya upaya akan memperbaiki dan melakukan yang terbaik dari sudut keselamatan dan kemampuan pelayar untuk mengakses atau melayari laman web ini.

Justeru, Ahmad Lutfi memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh semua peminat setia Harakahdaily.

"Semasa kempen ini, pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk meranapkan Harakahdaily dalam perang siber ini yang jelas banyak membantu memberi maklumat dan berita terkini tentang pilhan raya kecil ini."

Sebelum ini,emel Pengarang Berita Kanan Harakah,Haji Roslan Hamid yang dikenali sebagai lanH telah diceroboh dan menyebabkan emelnya disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Sebagai langkah keselamatan,beliau telah menamatkan penggunaan emel: lanh14@hotmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan menukarkannya kepada Lanh14@harakah.net.my.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya - azm/mks.

- Harakah

1 comment:

pokcu said...

Akaun Lanh14@hotmail.com dicerobohi, guna Lanh14@harakah.net.my
Pengumuman: Adalah saya (LanH), salah seorang wartawan dan penulis yang terbabit dengan Harakahdaily, Harakah, Harakah English Section, Siasah dan Suara Keadilan, dengan dukacita memaklumklan e-mel saya Lanh14@hotmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya telah dicerobohi pihak-pihak tertentu.

Daripada maklumat yang saya terima terutama rakan-rakan, pihak berkenaan sedang giat menghantar mesej-mesej kononnya saya melalui e-mel Lanh14@hotmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya merayu bantuan kewangan, antaranya saya kini tersadai di London dan memerlukan bantuan segera (URGENT).

Kepada semua pihak yang disusahkan dengan perkembangan ini, saya memohon maaf, berhajat menutup akaun Lanh14@hotmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya . E-mel saya yang baru adalah Lanh14@harakah.net.my.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya Kerjasama rakan-rakan dan semua pihak amat dihargai. Sekian, terima kasih � LanH _ -

Followers

My Blog List