Wednesday, January 14, 2009

Perhebat boikot produk Amerika, hantar tentera lindungi Gaza

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru agar seluruh rakyat Malaysia memperhebatkan lagi kempen boikot Amerika dan syarikat-syarikat yang menyokong Israel .

Selain itu tidak ada jalan selain dari seluruh negara-negara Islam kini perlu menghantar tentera untuk menghadapi Israel dengan kekuatan tentera sekaligus melindungi penduduk Palestin khususnya di Gaza

Demikian kata Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily sebentar tadi yang mengecam tindakan kebinatangan Israel itu.

"Kali ini rakyat dari pelbagai ras dan agama harus mengenepikan ideologi politik dan kaum , dan bersatu memastikan Amerika dan Israel benar-benar merasa tekanan yang diberikan kepada mereka oleh negara-negara yang lain.

"Alasan bahawa kanak-kanak serta orang awam yang terbunuh akibat serangan tentera Israel dari udara , darat dan laut, adalah 'collateral damage' dan 'unintentional targets' merupakan alasan yang tidak dapat diterima sama sekali," katanya.

Kata Azmi pengeboman bertalu-talu tanpa mengira rumah kediaman , masjid , hospital , sekolah , bangunan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu dan universiti adalah bukti nyata bahawa tentera Israel benar-benar berniat membunuh seluruh penduduk Palestin di Gaza.

" Kenyataannya jelas . Bukan sahaja agendanya adalah bunuh Hamas, tetapi juga bunuh rakyat yang menyokong Hamas dan bunuh anak-anak yang bakal menyokong Hamas !" katanya.

Menurut laporan kematian rakyat awam sudah mencecah lebih dari 1000 orang manakala yang tercedara meningkat kepada lebih dari 5,000 orang dan manakala yang menjadi pelarian kini sudah melebihi 80,000 orang.

"Teras yakin nampaknya Israel tidak lagi boleh ditekan melalui tunjuk perasaan , resolusi Majlis Keselamatan mahupun kenyataan-kenyataan mengutuk dan mengecam semata-mata.

"Tidak ada jalan selain dari seluruh Negara Islam kini perlu menghantar tentera untuk menghadapi Israel dengan kekuatan tentera juga. Nampaknya Israel hanya tahu bahasa tentera ," katanya.

Teras katanya berpendapat Negara-negara Islam tidak boleh lagi menangguh untuk mengharapkan rundingan diadakan dengan Israel dengan harapan Israel menghentikan operasi 'genocide' ke atas Gaza akan tetapi tentera mesti dihantar untuk berdepan dengan kebiadapan serta keganasan Israel.

-Harakahdaily

No comments:

Followers

My Blog List