Tuesday, January 13, 2009

Untuk apa Jabatan Pendaftaran Negara bekerja sampai 10 malam hingga 17 Jan?

: Azmi

Ini adalah maklumat yang perlu diambil perhatian dan tindakan lanjut oleh PAS menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Terengganu yang merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mana Timbalan Menterinya (kini bekas) adalah calon Umno bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu telah melanjutkan waktu operasinya dari pukul 8:00 pagi � 10:00 malam bermula 8 Januari 2009.

Untuk makluman semua, waktu asal operasi Jabatan Pendaftaran Negara adalah 8:00 pagi-5:00 petang setiap hari. Dan lebih memusykilkan kita ialah waktu operasi yang dilanjutkan iaitu 5:00 petang-10:00 malam bukannya untuk dibuka kepada orang awam yang ingin berurusan berkaitan hal kad pengenalan tetapi ia dibuka khas untuk SPR membuat semakan alamat pengundi di Parlimen Kuala Terengganu.

Pendek kata, pintu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara tidak dibuka kepada umum tetapi ada kakitangan yang akan bertugas di dalamnya tanpa diketahui oleh orang luar.

Jangan ditanya bagaimana saya mendapat maklumat ini kerana orang-orang kampung Manir yang berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan besar di jabatan kerajaan ada di mana-mana. Bahkan saya mempunyai kenalan rapat yang bekerja di Putrajaya di salah sebuah jabatan yang begitu hampir dengan PM Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau anda tak percaya kepada dakwaan saya ini, cuba telefon Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu pada waktu malam. Jika tiada kakitangan yang mengangkatnya jangan cepat berputus asa kerana mungkin arahan telah dikeluarkan agar panggilan telefon dari luar tidak dijawab. Anda boleh datang sendiri ke Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu di Wisma Persekutuan untuk membuat penyiasatan.

PAS sewajarnya melakukan sesuatu di dalam hal berkaitan dengan pengeluaran/pemindahan alamat yang ada kaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara ini. Kita perlu bertindak sebelum mereka memusnahkan kita dengan penipuan yang paling licik.

Umno sebenarnya lebih mahukan Terengganu berbanding Kelantan mahupun negeri-negeri lain yang ada di Malaysia ini. Mungkin kerana minyaknya menyebabkan Terengganu menjadi negeri teratas yang diminati oleh Kerajaan Pusat. Ataupun mereka tak sanggup melihat Terengganu berjaya ditawan Pakatan Rakyat kerana adanya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang terkenal diseluruh dunia terutamanya disebelah rantau Arab.

Mereka tahu jika Tuan Guru Abdul Hadi Awang memerintah, kesannya tidak sama dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan mahupun mana-mana Menteri Besar lain di Malaysia. Kerajaan Pusat menerusi penasihat-penasihat dalaman dan penasihat-penasihat dari luar yang diupah tahu kesan kepada dunia Islam sebelah Asia Tenggara mahupun di Al-Aqsa jika naiknya seorang ulama seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang memerintah.


-harakah

1 comment:

Zubli Zainordin said...

Pokcu

Syabas di atas info ini.

Mungking kah hantu akan dimanusiakan.

Apatah lagi pengimportang anggota beruniporm 2,000.

Mereka ada cara untuk menang walaupun kotor betul.

Followers

My Blog List